Sijil Kelahiran Dikeluarkan Kepada Kanak-Kanak Jalanan Demi Masa Depan Mereka

Diterbitkan: Khamis, 30 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kanak-kanak jalanan yang terbukti sebagai warganegara Malaysia, termasuk menggunakan pendekatan ujian asid Deoksiribonukleik (DNA), telahpun dan akan diberikan sijil kelahiran, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata ini adalah antara banyak usaha yang dilakukan oleh kementerian itu menerusi kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) mengenai wanita dan kanak-kanak jalanan, untuk memberi mereka peluang kedua memperoleh pendidikan sewajarnya dan masa depan lebih cerah.

"Satu daripada masalah yang dihadapi kanak-kanak jalanan ialah mereka tidak memiliki sijil kelahiran. Tanpa sijil kelahiran mereka tidak diterima masuk ke sekolah.

"Dan sekiranya kita membiarkan mereka begitu sahaja, tanpa pelajaran, masih lagi berada di jalan-jalan, mereka akan membesar dan menghadapi masalah yang lebih besar di masa akan datang. Jadi adalah penting bagi kita menolong mereka sekarang," kata Hishammuddin kepada pemberita selepas melancarkan konvoi Jalur Gemilang Rela/Kementerian Dalam Negeri di sini Khamis.

Katanya beliau juga akan ke Sabah dalam masa beberapa minggu akan datang untuk melihat masalah kanak-kanak jalanan di sana.

"Dan dengan tertubuhnya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing (di Sabah), kita semua bergerak mengikut landasan yang betul," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datuk Jariah Mohd Said berkata daripada 50 orang kanak-kanak jalanan yang dikenal pasti baru-baru ini, 19 sijil kelahiran telahpun dikeluarkan, sementara yang selebihnya sedang menunggu urusan dokumentasi diselesaikan.

"Kita akan teruskan (usaha ini) malah kita akan panggil NGO-NGO untuk mesyuarat dan mengenal pasti kawasan-kawasan yang ada kanak-kanak jalanan dan kita akan turun padang," katanya.

Jariah berkata dianggarkan 2,000 orang kanak-kanak jalanan kini terdapat di Kuala Lumpur sahaja. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan