PM Ziarah Bekas Exco Pemuda Umno

Diterbitkan: Khamis, 30 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JITRA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang dalam rangka lawatan kerja sehari ke Kedah pada Khamis, menziarahi bekas anggota Parlimen Kuala Kedah Datuk Zakaria Said.

Najib, yang ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor, beramah mesra dengan rakan lamanya yang diserang angin ahmar di rumahnya di Bandar Darul Aman di sini.

Turut sama ialah Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mohd Johari Baharom yang juga Anggota Parlimen Kubang Pasu.

Anak sulung Zakaria, Sazali, 42, berkata beliau yang mewakili keluarganya berbesar hati menerima kunjungan Perdana Menteri yang sudi meluangkan masa melawat bapanya.

Katanya walaupun bapanya tidak dapat bercakap tetapi daripada reaksi yang ditunjukkan, bapanya gembira bertemu dengan rakan lamanya yang kini bergelar Perdana Menteri.

"Datuk Seri Najib berpesan agar kami sekeluarga bersabar dan berharap bapa saya kembali sembuh seperti sediakala," katanya kepada pemberita selepas kunjungan Perdana Menteri.

Zakaria, 68, yang merupakan Exco Pemuda Umno ketika Najib menjadi Naib Ketua Pemuda Umno pada tahun 80-an, kini terlantar sakit akibat angin ahmar sejak 2010.

Pertama kali Zakaria diserang penyakit angin ahmar pada 2006.

Zakaria yang berkecimpung dalam dunia politik sejak 1980-an mula bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Anak Bukit pada 1982 dan memenangi kerusi tersebut selama tiga penggal berturut-turut.

Pada 1995, beliau bertanding bagi kerusi Parlimen Kuala Kedah dan berjaya menewaskan bekas Presiden PAS Allahyarham Datuk Fadzil Noor. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan