Persembahan Kumpulan Chicago Di KL Oktober Depan

Diterbitkan: Khamis, 30 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Peminat kumpulan muzik dari Amerika Syarikat iaitu Chicago akan dapat menyaksikan persembahan kumpulan itu yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 31 Oktober depan.

Kumpulan yang akan muncul buat pertama kalinya di Malaysia ini menjanjikan persembahan hebat di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dalam bermula 8.45 malam dalam konsert selama 90-minit sempena siri jelajah mereka.

"Ia akan menjadi malam nostalgia bagi peminat lagu-lagu kumpulan itu seperti termasuklah You’re the Inspiration, Hard to Say I’m Sorry, I Don’t Wanna Live Without Your Love, Hard Habit to Break, If You Leave Me Now, dan Look Away, " kata Pengarah PR Worldwide Anita Baskaran dalam satu kenyataan, Khamis.

Beliau berkata, kebanyakan lagu-lagu cinta kumpulan itu berjaya menawan hati berjuta-juta peminat seluruh dunia.

Tiket menyaksikan konsert berkenaan mula dijual pada 5 September ini melalui ticketpro.com.my serta di semua cawangan Ticketpro dengan harga bermula dari RM180.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03 74933010 atau layari www.prworldwidelive.com.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan