Kerajaan Beli EDL Johor Baru Daripada MRCB

Diterbitkan: Khamis, 30 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk membeli Lebuh Raya Penyuraian Trafik Timur (EDL), Johor Baru daripada Malaysian Resources Corp Bhd (MRCB) bagi menyelesaikan isu berhubung dasar serta kadar tol yang bakal dikenakan MRCB di lebuh raya berkenaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata keputusan mengenainya dibuat oleh Kabinet pada bulan lepas dan kos serta terma mengenai pembelian itu sedang dalam rundingan.

"Kos serta termanya dijangka diketahui sebelum hujung tahun ini. Bila kerajaan ambil balik, kita akan lihat cara untuk menguruskannya dan kemungkinan lebuh raya berkenaan tidak dikenakan tol.

"Kerajaan akan membuat keputusan mengenainya kemudian tapi ini bukanlah isu mendesak kerana ia akan diambil alih kerajaan, berbanding sektor swasta yang mesti mengenakan tol," kata beliau kepada pemberita di sini Khamis.

MRCB sebelum ini menyatakan, syarikat itu terbuka kepada sebarang opsyen termasuk menjual EDL yang dibangunkan menerusi anak syarikat milik penuhnya, MRCB Lingkaran Selatan Sdn Bhd (MLSSB) kepada kerajaan dalam usaha menyelesaikan isu berhubung kadar tolnya.

Isu EDL, yang dibuka 1 April lalu, menjadi bualan hangat susulan kadar yang bakal dikenakan ke atas pengguna jalan raya untuk pergi dan balik dari Singapura adalah RM15.30.

Terdahulu beliau menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dana mudah cara antara kerajaan, Bank Pembangunan dan Pengerang Independent Terminal Sdn Bhd (PIT).

Nor berkata sebanyak RM1.6 bilion dana mudah cara diluluskan kerajaan bagi 17 projek kerjasama awam dan swasta di bawah Rancangan Malaysia Ke-10, yang menjana pelaburan berjumlah RM16.4 bilion.

Beliau berkata sebanyak 57 projek lagi sedang di peringkat rundingan membabitkan dana berjumlah RM4.2 bilion dan mampu menjana pelaburan berjumlah RM52 bilion, selain 52 projek yang dijangka membabitkan permohonan dana berjumlah RM6.2 bilion sedang dalam penilaian.

Pada majlis berkenaan, kerajaan bersetuju meluluskan dana mudah cara bernilai RM170 juta kepada PIT bagi membangunkan terminal laut dalam bebas dengan kedalaman 24 meter di Pengerang dan fasa pertama projek itu dijangka siap pada awal 2014. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan