Ambil Alih Syarikat Tidak Akan Atasi Isu Air Selangor

Diterbitkan: Khamis, 30 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SERDANG: Isu bekalan air di Lembah Klang memerlukan langkah segera dan pengambilalihan syarikat konsesi air oleh kerajaan Selangor tidak akan dapat menyelesaikannya dalam tempoh yang diperlukan.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata ini kerana proses pengambilalihan itu mungkin mengambil masa memandangkan kerana perlu ada pihak yang mahu membeli dan menjual.

"Pengambilalihan empat syarikat konsesi merupakan satu pendirian yang tidak bijak kerana hanya Pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) dapat mengatasi masalah gangguan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya," katanya pada sidang media, di sini Khamis.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Khamis, yang dilapor berkata kerajaan negeri akan mengumumkan tawaran terbaharu untuk membeli empat syarikat terbabit dalam tempoh dua minggu mulai bulan depan.

Empat syarikat konsesi air di Selangor itu ialah Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd, (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) dan Konsortium ABASS.

Kerajaan negeri Selangor sebelum ini menawarkan lebih RM9 bilion untuk mengambil alih kesemua aset dan liabiliti termasuk bon syarikat terbabit.

Mengulas lanjut, Chin berkata kerajaan pusat sedia membantu kerajaan negeri Selangor mengambil alih syarikat terbabit dengan syarat proses dilakukan mengikut undang-undang.

"Jika Selangor boleh menggunakan apa juga sumber dan pengaruh di bawah kuasa mereka untuk mengambil alih syarikat itu, kerajaan pusat tiada halangan langsung. Sebenarnya kita akan bantu dan bukan seperti yang didakwa bahawa kita nak halang," katanya.

Chin juga menyarankan agar Selangor mencontohi model pengambilalihan yang dilaksanakan Melaka, Johor dan Pulau Pinang.

Penstrukturan semula bekalan air di negeri-negeri ini dilaksanakan mengikut cara-cara yang ditetapkan dalam Akta Industri Air 2006. Ini yang kita mahu laksanakan di Selangor.

"Selangor harus mengikuti contoh ini tetapi mereka mahu mengambil alih semua 'lock, stock and barrel' termasuk ekuiti dan aset. Ini bukan cara yang diamalkan.

"...kerajaan Selangor mahu laksanakan penstrukturan semula industri air secara holistik maka mereka perlu memainkan peranan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan