Tawaran Penstrukturan Semula Air Diumum Dua Minggu Lagi, Air Percuma Diteruskan - Abdul Khalid

Diterbitkan: Rabu, 29 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor akan mengumumkan tawaran penstrukturan semula air dalam tempoh dua minggu lagi.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau akan membentangkan cadangan serta kertas kerja penyusunan semula usaha pengambilalihan industri air di Selangor pada minggu kedua bulan September.

"Saya akan umumkan tawaran-tawaran yang akan kita berikan kepada empat syarikat konsesi air iaitu Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Abass Sdn Bhd (Abbas) dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash)," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada Rabu.

Sebelum ini, empat konsesi air diberi tawaran baru bernilai lebih RM10 bilion bagi membolehkan kerajaan negeri membuat penstrukturan semula industri perkhidmatan air di negeri itu.

Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid berkata pemberian air percuma di Selangor akan diteruskan kerana kerajaan negeri mempunyai kemampuan dari segi kewangan bagi tujuan tersebut.

"Bagi mereka yang tinggal di pangsapuri dan masih menggunakan meter pukal kerajaan negeri tidak boleh membantu dalam isu pemberian air percuma. Itu tanggungjawab Syabas untuk tukar meter air pukal kepada meter persendirian bagi membolehkan semua rakyat Selangor menikmati bekalan air percuma," katanya.

Abdul Khalid turut menjelaskan mereka yang mempunyai meter persendirian sejak 2008 akan menerima air percuma.

Beliau berkata demikian menjawab soalan pemberita sama ada kerajaan negeri akan membayar air percuma kepada penduduk yang tidak mendapat air percuma seperti didakwa Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS).

Ketika ditanya sekiranya penduduk mengambil tindakan undang-undang, beliau ringkas menjawab 'silakan'.

Malah beliau turut berkata bahawa manifesto Pakatan untuk memberi air percuma kepada rakyat Selangor bukanlah satu perjanjian.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan