Selangor Pertimbang Cadangan Akta Antilompat Parti - Abdul Khalid

Diterbitkan: Rabu, 29 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor akan mempertimbangkan cadangan untuk melaksanakan undang-undang anti lompat parti di negeri itu seperti yang dicadangkan oleh Pulau Pinang baru-baru ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, sekiranya pucuk pimpinan Pakatan Rakyat bersetuju untuk menggubal undang-undang itu, maka Selangor juga turut mempertimbang usaha yang sama.

"Itu bukan isu besar (undang-undang antilompat parti) tetapi tanggungjawab Pakatan untuk belajar daripada pelajaran lepas dari segi memilih mereka yang bertanding dalam parti.

"Ini kerana dalam pemilihan itu perlu ambil yang benar-benar sedia wakili parti," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada Rabu.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng baru-baru ini dilaporkan berkata undang-undang antilompat parti yang dicadang di negeri itu bukan mahu menyekat kebebasan berpersatuan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sebaliknya, ia lebih kepada menghalang wakil rakyat dari mengkhianati amanah masyarakat awam yang telah memberi kepercayaan kepada mereka.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan