Seksyen 114A: KJ Sangkal Terima Amaran

Diterbitkan: Rabu, 29 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin pada Rabu berkata isu dakwaan beliau menerima amaran ekoran mengeluarkan kenyataan terbuka menentang pindaan Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 adalah tidak benar.

Tegasnya, pertemuan beliau dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail adalah bertujuan mendapatkan penjelasan tentang pindaan akta yang dibentangkan di Parlimen April lalu.

"Soal ditegur atau diberi amaran tidak timbul. Pertemuan itu adalah untuk mendengar penjelasan dan penerangan mengenai Seksyen 114A Akta Keterangan 1950.

"Malah saya sendiri memainkan peranan dengan memberikan hujah saya mengenai mengapa seksyen itu perlu dipinda lagi atau dengan kata lain tidak perlu diadakan," katanya.

Khairy berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah portal berita yang memetik sumber kerajaan bahawa beliau serta Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Gan Ping Sieu diberi amaran ekoran mengeluarkan kenyataan terbuka membantah pengenalan seksyen itu.

Pertemuan berkenaan berlangsung selama satu jam setengah.

Mengulas lanjut mengenai hasil perbincangan itu, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, beliau terpaksa akur dengan keputusan Kabinet yang memutuskan untuk mengekalkan pindaan seksyen tersebut.

"Saya telah lakukan yang terbaik dengan memberikan hujah bagi menyokong pendirian saya. Namun akhirnya Datuk Seri Nazri maklumkan Kabinet telah membuat keputusan untuk mengekalkannya.

"Nampaknya kerajaan masih lagi tegas dan tindak tunduk dengan gesaan agar seksyen ini dipinda," katanya.

Ditanya mengenai penjelasan yang diberikan pihak kerajaan dan Peguam Negara, Khairy berkata: "Rasional yang mereka berikan menyentuh mengenai dua aspek utama iaitu seksyen ini akan membantu dari segi pertuduhan dalam kes tertentu.

"Keduanya mereka mengatakan kewujudan seksyen ini sebagai langkah pencegahan agar pihak-pihak tertentu tidak sewenang-wenangnya membuat komen atau fitnah menerusi internet," jelas beliau.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan