Program Transformasi Pacu BN Capai Kemenangan PRU-13 - Pakar Ekonomi

Diterbitkan: Rabu, 29 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Program transformasi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan memastikan kemenangan bagi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang, kata pakar ekonomi dari Economist Corporate Network, Justin Wood.

Beliau berkata usaha transformasi itu iaitu Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan, yang diilhamkan oleh Najib selepas mengambil alih jawatan perdana menteri pada 2009, akan memastikan gabungan parti pemerintah meraih kejayaan dalam pilihan raya umum, yang perlu diadakan sebelum 28 April, 2013.

"Barisan Nasional akan terus memerintah. Mungkin majoriti akan berkurangan namun saya meramalkan kerajaan yang sama selepas pilihan raya, yang paling getir dalam sejarah Malaysia.

"Ekonomi Malaysia kukuh, dan pelaburan langsung asing semakin meningkat. Semua ini disebabkan keprihatinan oleh kerajaan sedia ada terhadap rungutan yang ditimbulkan oleh pelabur asing sebelum ini," katanya pada taklimat media di sini Rabu.

Wood berkata satu daripada kriteria paling penting yang dikehendaki oleh pelabur asing dalam sesebuah negara adalah kestabilan politik diiringi dasar yang jelas sebagai satu pakej.

"Jika kerajaan sekarang kekal, dasar yang jelas akan wujud," katanya.

Selepas memenangi pilihan raya umum akan datang, Wood berkata Najib dan kerajaan perlu meneruskan pelaksanaan program transformasi yang berjaya itu. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan