Merdeka: RapidKL Lanjut Operasi LRT, Perjalanan Percuma Ke Stesen Terpilih

Diterbitkan: Rabu, 29 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan LRT dan monorel di Lembah Klang akan dilanjutkan untuk dua malam berturut-turut mulai esok sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 Jumaat ini.

RapidKL, iaitu operator LRT dan monorel dalam kenyataan di sini, Rabu berkata perkhidmatan percuma juga akan diberikan kepada semua pengguna yang menghadiri acara 'Perhimpunan 55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati' yang akan diadakan di Kompleks Stadium Nasional Bukit Jalil, Jumaat ini.

Bersempena dengan sambutan Ambang Merdeka esok, perkhidmatan LRT di stesen terpilih dan semua stesen monorel akan dilanjut sehingga pukul 1 pagi keesokan harinya.

Stesen-stesen tersebut ialah Bandaraya, Masjid Jamek, Hang Tuah, Titiwangsa, Kelana Jaya, KL Sentral, Masjid Jamek, Dang Wangi dan KLCC.

"Stesen-stesen LRT yang lain akan ditutup mengikut jadual biasa. Bagaimanapun, tren akan berhenti untuk menurunkan penumpang dan mereka ada akses untuk keluar stesen," kata jurucakap RapidKL Masnizam Hashim.

Katanya bagi operasi pada 31 Ogos, operasi LRT juga akan dilanjut sehingga 1 pagi untuk Stesen Bukit Jalil, manakala stesen-stesen LRT dan monorel lain dibuka untuk penumpang keluar sahaja.

Sehubungan itu, masa terakhir pelepasan bas RapidKL di stesen-stesen terlibat adalah pada 1.30 pagi.

"Kita akan memantau keperluan tren untuk membawa pulang pengunjung dan sekiranya perlu, operasi ini akan dilanjutkan," katanya.

Untuk perkhidmatan percuma ke Bukit Jalil pada hari Jumaat, Masnizam berkata orang ramai boleh mendapatkan token-token khas perjalanan percuma mulai pukul 4 petang yang akan disediakan di semua stesen LRT dan monorel, manakala untuk perjalanan pulang, token boleh diperoleh di Stese LRT Bukit Jalil.

"Mereka yang inginkan token ini perlu mengambil sendiri di kaunter-kaunter tiket di stesen-stesen LRT dan monorel pada hari Jumaat," tambahnya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan