KTM Komuter Tambah Perkhidmatan Sempena Merdeka

Diterbitkan: Rabu, 29 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tempoh perkhidmatan komuter dilanjutkan esok dan 31 Ogos untuk memudahkan pengguna yang menghadiri sambutan Ambang Merdeka di Dataran Merdeka dan perhimpunan "Janji Ditepati" di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini.

Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dalam satu kenyataan pada Rabu berkata perkhidmatan tren tambahan laluan Kuala Lumpur-Pelabuhan Klang, Kuala Lumpur-Sungai Gadut dan Kuala Lumpur-Rawang akan berlepas serentak pada pukul 12.30 tengah malam dan 1.30 pagi pada 30 Ogos (Khamis).

Pada malam 31 Ogos, tren tambahan laluan Kuala Lumpur-Pelabuhan Klang akan berlepas pada pukul 12.04 tengah malam dan 1.04 pagi, Kuala Lumpur-Sungai Gadut pada pukul 11.53 malam dan 12.23 tengah malam, dan Bandar Tasik Selatan-Rawang pula pada pukul 12.15 tengah malam dan 12.45 malam.

Pengguna dinasihatkan membeli tiket perjalanan pergi-balik bagi mengelakkan kesesakan di kaunter tiket.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian 1-300-88-5826 atau layari laman web www.ktmb.com.my. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan