Kemalangan Jalan Raya, Kematian Berkurangan Dalam Ops Selamat - Berita Semasa | mStar

Kemalangan Jalan Raya, Kematian Berkurangan Dalam Ops Selamat

Diterbitkan: Rabu, 29 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jumlah kemalangan jalan raya di seluruh negara menurun sebanyak 8.5 peratus semasa Ops Selamat yang dilancarkan sempena Hari Raya berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata 17,937 kemalangan dilaporkan dalam tempoh ini berbanding 19,606 kes pada tahun lepas, menyaksikan penurunan sebanyak 1,669 kes.

Beliau berkata, 243 kematian telah dilaporkan dalam tempoh tersebut berbanding 289 tahun lepas.

Ismail berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sijil kepada pengguna jalan raya berhemah di Bukit Aman pada Rabu.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan