Hudud: Sin Chew Pertahan Laporan

Diterbitkan: Rabu, 29 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Akhbar Sin Chew Daily pada Rabu menegaskan ia tidak tersalah petik atau memutarbelitkan kenyataan sesiapa tentang cadangan pelaksanaan undang-undang hudud.

Dalam laman webnya, akhbar berbahasa Cina itu berkata ia ingin menjelaskan bahawa laporannya tentang undang-undang hudud bukan sengaja dirancang supaya ia mencetuskan "kekeliruan" tentang PAS atau Pakatan Rakyat, tetapi untuk menyampaikan maklumat tepat dan penting kepada pembaca.

"Sebagai medium untuk orang ramai, kami tidak patut menyembunyikan sebarang maklumat penting daripada pengetahuan umum, terutama sesuatu yang melibatkan kepentingan awam, serta kejadian yang boleh menyebabkan berlaku perubahan terhadap masyarakat kita dengan apa cara sekali pun.

"Pendirian PAS tentang pelaksanaan undang-undang hudud perlu didedahkan kepada umum agar anggota masyarakat boleh memahami, menilai dan membuat pilihan.

"Perkara paling buruk yang boleh kami lakukan ialah menyembunyikan kebenaran, memuji bahagian yang paling baik dan menutup selebihnya.

"Perbuatan paling keji dan paling menipu apabila membuat sesuatu perkara ialah menghidangkan satu cerita kepada masyarakat Islam dan menghidangkan cerita lain pula kepada bukan Islam," katanya dalam artikel bertajuk "Undang-undnag Hudud: Kebenaran atau Ilusi? tulisan Tay Tian Yan dan diterjemah ke bahasa Inggeris oleh Dominic Loh.

Artikel itu bertujuan memberi penjelasan tentang dakwaan timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu (Mat Sabu) dalam Harakahdaily semalam bahawa akhbar itu memutarbelitkan kenyataannya dengan memetik beliau sebagai berkata PAS akan melaksanakan hudud apabila pembangkang menawan Putrajaya.

Artikel berhubung wawancara dengan Mat Sabu disiarkan Sin Chew Daily pada Isnin, dengan memetik beliau sebagai berkata PAS akan mencadangkan pindaan dibuat terhadap Perlembagaan Persekutuan untuk merintis jalan bagi pelaksanaan undang-undang Islam itu.

Dalam artikel hari ini, Sin Chew berkata pemberitanya menghubungi Mat Sabu sekali lagi selepas edisi petang akhbar itu menemui pembaca pada Ahad untuk mendapatkan pengesahan beliau tentang kandungan kenyataannya dan Mat Sabu ingin mengubah perkataan daripada "membuat keputusan" kepada "berhasrat" dan pemberita berkenaan bersetuju mengubahnya.

"Dalam pada itu, kami juga menemu bual ketua penerangan PAS Tuan Ibrahim Tuan Man untuk meminta beliau memberi penjelasan tentang pendirian parti itu tentang isu berkenaan. Respons beliau selari dengan yang disuarakan Mat Sabu.

"Malangnya, selepas laporan itu dicetak, Mat Sabu membuat penafian pada hari berikutnya tentang apa yang beliau katakan dan mendakwa Sin Chew Daily memutarbelitkan ucapannya. Kami cuba menghubungi beliau dengan harapan untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripadanya, tapi sehingga kini, kami masih belum berhasil.

"Selama ini, PAS dipandang tinggi dan oleh itu ia perlu memelihara kredibilitinya. Sekiranya parti itu tegas dengan pendiriannya bahawa undang-undang hudud adalah betul dan wajar, maka ia perlu mengisytiharkan secara terbuka agenda politiknya dalam nada yang sama, tidak kira sama ada kepada masyarakat Islam atau bukan Islam dan terus mempromosi dan melobi pelaksanaannya dalam kalangan pengundi Cina," kata akhbar itu. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan