Enam Zoo Henti Operasi, Tutup

Diterbitkan: Rabu, 29 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Enam buah zoo telah ditutup dan dihenti operasi setelah didapati gagal mematuhi Peraturan-Peraturan Pemuliharaan Hidupan Liar (Pengendalian Zoo) 2012, umum Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Zoo terbabit ialah Lye Huat Garden, Kedah; Taman Burung Kuala Krai, Kelantan; Countryview Recreation, Pahang; PD Mini Zoo, Negeri Sembilan; Taman Kuang, Ajil, Terengganu dan Mines Wonderland, Selangor, demikian menurut kenyataan Perhilitan pada Rabu.

Kesemua hidupan liar di zoo tersebut telah dan akan diambil untuk dilepaskan semula ke dalam habitat semulajadi selepas melalui proses rehabilitasi (bagi spesies tempatan) atau diserah kepada zoo tempatan yang diberi permit.

Menurut kenyataan itu, zoo terbabit gagal mematuhi Peraturan-Peraturan Pemuliharaan Hidupan Liar (Pengendalian Zoo) 2012 setelah Perhilitan menjalankan penilaian ke atas 45 premis yang menempatkan hidupan liar di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Daripada jumlah tersebut, 15 premis adalah di bawah pengurusan kerajaan persekutuan, kerajaan negeri atau kerajaan tempatan, manakala 30 premis selebihnya adalah milik persendirian, swasta dan persatuan.

Peraturan-Peraturan Pemuliharaan Hidupan Liar (Pengendalian Zoo) 2012 menetapkan beberapa kriteria penting dalam memastikan kebajikan, kesihatan dan keselamatan hidupan liar dalam kurungan adalah terjamin.

Antaranya ialah keperluan untuk menyediakan kurungan bersesuaian; menyediakan khidmat veterinar; mengadakan kawasan kuarantin; memberikan makanan dan minuman yang mempunyai kandungan nutrien yang baik dan diberi dalam kuantiti yang mencukupi serta penjagaan kesihatan setiap spesies hidupan liar yang disimpan.

"Pihak pengusaha zoo perlu mengambil perhatian tentang keperluan pematuhan peraturan terbabit walaupun ia melibatkan kos yang tinggi namun, kebajikan hidupan liar yang dipelihara dalam kurungan perlu diutamakan," kata Perhilitan.

Sebagai langkah susulan, Perhilitan dan Persatuan Taman-taman Zoologikal dan Akuaria Malaysia (MAZPA) akan membantu ahli zoo dalam memberikan latihan pengendalian zoo bagi meningkatkan pengetahuan tentang pengurusan kebajikan dan pengurusan sumber hidupan liar dalam kurungan.

Perhilitan turut mengumumkan kelulusan permit pengendalian zoo kepada Zoo Negara, dan Zoo Taiping & Night Safari berdasarkan kepada penilaian dan persetujuan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan