Suaram Dedah Sumber Pembiayaannya

Diterbitkan: Selasa, 28 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Kua Kia Soong pada Selasa mendedahkan bahawa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu menerima dana dari negara asing dan individu di seluruh negara.

Beliau berkata Suaram, NGO hak asasi manusia, kini dibiayai beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Finland dan Kanada dan beberapa negeri di Malaysia selain sumbangan daripada individu.

Bagaimanapun, Kua yang mempertahankan mengenai isu pembiayaan itu merahsiakan jumlah yang diterima Suaram sehingga hari ini serta penyumbang dana dan penaja utama.

"Adakah saya perlu memberitahu anda dari mana dana itu datang? Kenapa semua orang ingin tahu dari mana dana kami?," soal Kua pada majlis pelancaran Laporan Hak Asasi Manusia Malaysia 2011, di sini.

Beliau turut mempersoalkan wartawan tempatan akhbar harian Melayu sama ada mereka mengetahui sumber pembiayaan akhbar mereka.

Kua turut menggesa mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan Suaram agar membuat laporan polis.

Pada Julai, Suaram selaku peranannya sebagai sebuah NGO bebas telah dipersoalkan berikutan menerima peruntukan tahunan secara konsisten dari 'National Endowment for Democracy' (NED) yang berpangkalan di Amerika Syarikat, sejak 2006.

Menurut portal AIDC, seperti dinyatakan dalam laporan tahunan NED, Suaram menerima sejumlah US$385,000 (RM1,218,328.65) bagi tahun 2006, 2007, 2008 dan 2009.

Selain Suaram, NGO Malaysia yang turut dibiayai seperti disenaraikan NED termasuk International Republican Institute, National Democratic Institute for International Affairs, Southeast Asian Press Alliance, Centre for Independent Journalism, Open Dialogue Centre, Mkini Dot Com dan beberapa yang lain.

Sebelum ini, dilaporkan secara meluas bahawa Suaram tidak pernah didaftarkan sebagai NGO dengan Pendaftar Pertubuhan sebaliknya hanya didaftarkan sebagai sebuah syarikat atas nama, Suara Inisiatif Sdn Bhd dengan modal berbayar RM2 juta.

Sejak itu, Suaram membisu mengenai dakwaan status pertubuhan serta sumber dana pembiayaannya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 26 November 2014 10:44 PM

Sejauh Mana Anda Tahu (Bahagian 3)

Selasa, 25 November 2014 1:00 PM

Sejauh Mana Anda Tahu? (Bahagian 2)

Selasa, 25 November 2014 8:48 PM

Ahli Geng Mamak Ditembak Mati

Isnin, 24 November 2014 8:01 PM

Sejauh Mana Anda Tahu? (Bahagian 1)

Kolumnis

iklan

Produk Berkaitan

Iklan