Pisahkan Pemikiran Tradisional Untuk Kejayaan Berasaskan Inovasi - PM

Diterbitkan: Selasa, 28 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menekankan kepada penjawat awam hari ini supaya memisahkan pemikiran tradisional untuk mencapai kejayaan berasaskan inovasi.

Katanya inovasi menjadi elemen yang perlu diberi penekanan sebagai nilai teras oleh semua penjawat awam selain kreativiti, integriti dan kepantasan.

"Semua penjawat awam perlu berani memisahkan pemikiran tradisional dan memecahkan tembok kemustahilan untuk mencapai kejayaan berasaskan inovasi.

"Menghayati inovasi dan kreativiti adalah salah satu elemen untuk mencapai urus tadbir yang baik di kalangan penjawat awam," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) 2011 di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, Selasa.

Hadir sama Penaung Yayasan IJN Datin Seri Rosmah Mansor, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Ketua Setiausaha Negara (KSN) Datuk Seri Dr Ali Hamsa dan menteri-menteri kabinet.

Perdana Menteri berkata AIPM yang diperkenalkan kerajaan sejak 2009 menjadi pemangkin kepada perkhidmatan awam untuk membudayakan budaya kecemerlangan tadbir urus ditandai kreativiti dan inovasi.

Katanya agenda untuk menyemarakkan budaya inovasi di kalangan agensi dan badan berkaitan kerajaan sedang dijalankan dan akan terus diperkasa.

"Tujuan kita bukan sahaja untuk kekal relevan tetapi untuk lebih dihormati dan disegani," katanya.

Beliau turut menjelaskan dua cabaran besar yang perlu diberi perhatian oleh warga penjawat awam di negara ini sekiranya mempunyai keinginan untuk bersaing dan mahu mendahului.

"Bagaimana kita boleh mencipta kekayaan baru dan bagaimana kita boleh tentukan keupayaan kita untuk bersaing.

"Dua cabaran ini perlu diberi perhatian...sebab itulah kerajaan memperkenalkan AIPM menggantikan Anugerah Kualiti Perdana Menteri," katanya.

Najib berkata sejak anugerah ini diperkenalkan tiga tahun lalu dua agensi telah berjaya mengukir nama sebagai pemenang.

Dua agensi tersebut ialah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang dinobatkan sebagai pemenang pada 2009 dan pada 2010 ia dimenangi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menjalankan kerjasama strategik.

Bagi pemenang AIPM 2011, beliau mengumumkan IJN sebagai pemenang serta menerima cek bernilai RM1 juta, sijil dan trofi sebagai pengiktirafan.

Sementara itu Ali selalu Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan ketika berucap pada majlis yang sama berkata pemilihan pemenang pada tahun ini dibuat berdasarkan gabungan pendekatan 'organisation-centric' dan 'innovation-centric'.

"Pada tahun 2009 kita telah telah menggunakan pendekatan 'organisation-centric' dalam menilai sesuatu inovasi di mana tumpuan diberikan kepada penghasilan perkhidmatan dan produk inovatif.

"Bagi AIPM 2010 pula kita beri penekanan kepada pendekatan 'innovation-centric'. Tahun ini kita gabungkan kedua-kedua pendekatan ini untuk memastikan pencalonan terbaik diterima," katanya.

Dalam majlis yang sama Perdana Menteri dan tetamu turut diberi peluang menonton pembedahan secara langsung yang dilakukan oleh doktor dan pakar bedah IJN di salah sebuah bilik pembedahan di situ.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan