PAS, DAP Tolak Kerjasama Dengan Umno

Diterbitkan: Selasa, 28 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: PAS dan DAP menegaskan pendirian tidak akan bekerjasama dengan Umno sekiranya mereka menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke memberikan jaminan untuk tidak bersama Umno yang merupakan komponen terbesar dalam Barisan Nasional (BN).

"DAP juga tidak akan bekerjsama dengan Umno," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat mingguan Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Selasa.

Beliau berkata kerjasama asal pembangkang adalah antara DAP, PAS dan PKR dalam gabungan Pakatan Rakyat dan tidak ada parti yang mahu bekerjsama dengan Umno.

"Jadi tidak timbul persoalan mana-mana parti ini akan bekerjasama dengan Umno," katanya.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli berkata kerjasama dengan Umno juga tidak mungkin berlaku kerana beliau mendakwa Umno telah menggunakan isu perkauman untuk memecah belahkan rakyat di negara ini.

"Langkah mayat saya dulu...seperti yang Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah kata sebelum ini. Kita tidak nampak dalam hal ini kita dapat bekerjasama dengan Umno atas perkara yang pernah terjadi dahulu," katanya.

Dalam perkembangan lain, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Rakyat (PKR), Tian Chua berkata Pakatan Rakyat tidak pernah menyokong tindakan wakil rakyat melompat parti.

"Jalan terbaik mengenai pelaksanaan enakmen tersebut kita akan bincang dahulu bagaimana untuk laksanakannya. Apa yang lebih penting adalah tindakan terhadap orang yang memberi rasuah kepada wakil rakyat supaya melompat parti.

"Ini berbeza dengan isu wakil rakyat keluar parti kerana hilang kenyakinan terhadap pucuk pimpanan parti. Ini bukan lompat parti...mereka keluar parti bukan sebab mahukan kedudukan politik," katanya.

Pada Isnin, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dilaporkan berkata, negeri itu akan memperkenal enakmen antilompat parti tidak lama lagi.

Selain itu Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata bahawa mana-mana wakil rakyat yang mahu melompat parti perlu meletak jawatan dan mendapat mandat baru daripada rakyat.

Bagaimanapun katanya, undang-undang sedia ada tidak membenarkan perkara itu dilaksanakan.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan