PAS Bidas Umno Tubuh Kelab Penyokong Di IPTA

Diterbitkan: Selasa, 28 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dewan Pemuda PAS Pusat pada Selasa membidas hasrat Pemuda Umno untuk menubuhkan kelab penyokong parti itu institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini.

Ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, tindakan untuk menubuhkan Kelab Penyokong Umno di IPTA sebagai langkah campur tangan parti itu dalam sistem akademik di kampus.

"Sejak awal Pemuda PAS berpandangan bahawa mahasiswa dan dunia akademik perlu diberi ruang untuk melaksanakan pelbagai aktiviti dan gerak kerja berasaskan kepada tuntutan ilmu dan kebebasan akademik termasuk berpolitik.

"Selagi ruang yang luas dan segar tidak diwujudkan, Pemuda PAS melihat bahawa penubuhan kelab itu adalah satu lagi kaedah menghukum mahasiswa yang tidak bersedia menjadi ahli dan penyokong Kelab Umno tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Nasrudin berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang akan menubuhkan Kelab Penyokong Umno di setiap kampus institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini bagi meraih sokongan golongan mahasiswa terhadap parti itu dan Barisan Nasional (BN).

Menurut Khairy, ia adalah langkah awal yang diambil Pemuda Umno selari dengan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 2012 baru-baru ini, yang kini membenarkan mahasiswa untuk telibat dan memegang jawatan dalam mana-mana persatuan dan pertubuhan termasuk parti politik.

"Jadi daripada kita menunggu mereka untuk masuk menyertai parti kita dan BN, ada baiknya kita memainkan peranan proaktif untuk turun ke kampus dan menubuhkan kelab penyokong Umno di setiap kampus," katanya.

Katanya, Pemuda Umno akan masuk ke setiap kampus IPTA dalam masa terdekat untuk mengadakan sesi dialog bersama mahasiswa dan merangka penubuhan kelab itu.

Beliau berkata, selain berperanan memberi sokongan terhadap Umno dan BN, penubuhan kelab itu juga adalah sebagai landasan untuk mahasiswa mengetengahkan pandangan dan idea mereka kepada kerajaan.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan