MAS Sambut Merdeka Dengan Tawaran Hebat

Diterbitkan: Selasa, 28 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sempena sambutan kemerdekaan ke-55, Malaysia Airlines menawarkan 'Merdeka Offer' ke 55 destinasi dengan beberapa tambang dengan angka 55.

Tawaran terhad ini berakhir pada tengah malam pada 31 Ogos, 2012, bagi perjalanan mulai 2 September hingga 7 November tahun ini, demikian menurut syarikat penerbangan dalam satu kenyataan.

Naib Presiden Kanan Wilayah untuk Malaysia dan Asean, Muzammil Mohamad berkata: "Kami gembira untuk menawarkan tawaran hebat ini kepada pelanggan kami untuk perjalanan domestik dan antarabangsa sempena sambutan kemerdekaan."

Antara tambang perjalanan pergi balik kelas ekonomi yang ditawarkan adalah RM255 untuk perjalanan domestik dalam Semenanjung Malaysia dan RM455 bagi tambang penerbangan terus antara Semenanjung serta Sabah dan Sarawak.

Tambang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Jakarta bermula dari RM455 dan ke Phnom Penh dari RM655.

Tambang pergi balik perjalanan kelas perniagaan dari KLIA bermula dari RM1,055 ke Medan, RM1,355 ke Singapura, RM1,555 ke Bangkok, RM1,755 ke Hanoi dan RM1,955 untuk ke Phnom Penh.

Tambang perjalanan pergi balik kelas ekonomi ke destinasi terpilih bermula dari RM855 ke Hong Kong, RM1,255 ke Beijing dan RM1,455 ke Perth.

Tambang yang serupa juga ditawarkan untuk perjalanan kelas perniagaan seperti RM3,055 ke Guangzhou, Xiamen, Kunming dan Hong Kong; RM4,655 ke Seoul, Tokyo dan Osaka; RM6,555 ke Sydney, Melbourne, Brisbane dan Adelaide.

Tawaran ini boleh didapati di www.malaysiaairlines.com, nombor bebas tol 1 300 88 3000, MH Buddy di akaun Facebook syarikat penerbangan itu, serta pejabat tiket dan ejen-ejen yang dilantik di seluruh negara. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan