ASNB Umum Dividen 6.6 Sen Bagi ASW 2020

Diterbitkan: Selasa, 28 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) pada Isnin mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.6 sen seunit bagi dana Amanah Saham Wawasan 2020 dalam tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2012.

Ini akan melibatkan pembayaran berjumlah RM981.89 million, peningkatan sembilan peratus daripada jumlah RM900.72 juta pada tahun lepas.

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata dividen itu merupakan peningkatan 0.1 sen seunit daripada 6.5 sen seunit tahun lepas.

Meskipun ASNB mempunyai keupayaan untuk mengagihkan sehingga 8.6 sen bagi tahun kewangan ini, namun ia membawa kehadapan dua sen seunit bagi tahun kewangan akan datang untuk membantu pengagihan pendapatan di masa depan.

"Sejumlah 907,594 pemegang unit, yang melanggan 14.85 bilion unit ASW 2020 akan mendapat manfaat daripada pembayaran ini," kata Ahmad Sarji pada sidang akhbar selepas mengumumkan pengagihan pendapatan itu di sini, Isnin.

Beliau berkata meskipun pasaran saham dan ekonomi dunia masih lagi mengalami suasana ketidaktentuan akibat krisis hutang Eropah yang berterusan, ASW 2020 masih mampu mencapai objektif pelaburannya sepanjang tahun kewangan susulan prestasi baik ekonomi dan pasaran saham tempatan.

Pada 15 Ogos tahun ini, ASW 2020 mencatatkan pendapatan kasar RM1,205.76 juta.

Keuntungan daripada jualan saham menyumbang RM334.59 juta atau 27.7 peratus, manakala pelaburan dalam instrumen jangka pendek dan pendapatan lain menyumbang RM204.62 juta atau 17 peratus.

Pendapatan dividen daripada syarikat-syarikat pelaburan menyumbang RM666.55 juta atau 55.3 peratus daripada jumlah pendapatan kasar.

Ahmad Sarji berkata pengagihan pendapatan itu akan dikreditkan secara automatik ke dalam buku pelaburan pemegang unit pada 1 September 2012, dan semua urus niaga bagi ASW 2020 telah digantung mulai 24 Ogos hingga 2 September bagi tujuan pengiraaan pengagihan pendapatan.

ASW ialah dana berharga tetap di mana 51 peratus unit dibuka kepada pelabur Bumiputera dan baki 49 peratus kepada pelabur bukan-Bumiputera. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan