ADUN Alor Mengkudu Anggap Laporan Beliau Tidak Dicalon Semula Hanya Spekulasi

Diterbitkan: Selasa, 28 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kedah, Dr Ismail Salleh menganggap laporan beliau tidak dicalon semula bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Mengkudu pada pilihan raya umum ke-13 hanya spekulasi.

Ini kerana katanya, beliau sudah tahu kedudukannya pada pilihan raya umum akan datang.

"Perkara itu lebih kepada spekulasi sahaja dan mainan politik kerana kami semua dah tahu apa akan terjadi," katanya kepada pemberita, di sini Selasa.

Beliau diminta mengulas dakwaan sebuah blog dan laporan sebuah akhbar bahawa Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah, Ahmad Yahya antara calon yang disebut-sebut menggantikannya untuk bertanding di kerusi itu.

Ismail yang juga Pengerusi Jawatankuasa Badan-badan Bukan Kerajaan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, berkata hanya pucuk pimpinan tertinggi PAS yang dapat menilai sama ada khidmatnya masih diperlukan di situ.

Beliau bagaimanapun tidak berkecil hati jika tidak dicalonkan semula mempertahankan kerusi tersebut.

Ismail adalah antara dua anggota Exco Kedah yang pernah terbabit dalam kontroversi kepimpinan kerajaan negeri Kedah apabila menolak pelantikan semula sebagai exco.

Bagaimanapun beliau menerima pelantikan semula itu selepas diminta oleh pucuk pimpinan PAS pusat. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan