Tiada 'Lampu Hijau' Untuk Penganjur Himpunan Janji Bersih 30 Ogos Ini

Diterbitkan: Isnin, 27 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiada sebarang "lampu hijau" diberikan kepada penganjur "Himpunan Janji Bersih" yang akan diadakan pada 30 Ogos ini, kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad.

Beliau berkata, tiada sebarang kebenaran diberikan pihak polis kepada penganjur kerana Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2011 mensyaratkan penganjur memberi notis sepuluh hari sebelum perhimpunan diadakan kepada polis namun perkara itu gagal dilakukan oleh penganjur.

"Kalau menurut akta tersebut, penganjur telah melakukan kesalahan kerana tidak memberikan notis kepada kita...jadi dari pihak polis tiada sebarang kebenaran akan diberikan. Cuma mereka berjanji kepada kita bahawa perhimpunan itu akan dilakukan secara aman," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, pada perhimpunan tersebut polis bersetuju memberikan kerjasama daripada segi kawalan trafik dan keselamatan sebagai langkah awal bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas dan sebarang kekecohan.

Menurutnya, perbincangan selama satu jam antara polis dan wakil penganjur di di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini bertujuan menerangkan kepada penganjur berhubung syarat-syarat yang perlu dipersetujui sekiranya ingin menganjurkan perhimpunan tersebut seperti yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman.

"Mereka (penganjur) memberitahu polis akan menganjurkan perhimpunan itu secara aman dan bersetuju akan mematuhi segala peraturan yang terkandung dalam Akta Perhimpunan Aman seperti tidak akan mengadakan ceramah, ucapan, pemasangan kain rentang (banner) atau membawanya semasa perhimpunan.

"Jadi kita berjumpa hari ini untuk mendengar apa yang mereka inginkan selain kita turut menerangkan kepada mereka peraturan yang perlu mereka patuhi sekiranya ingin mengadakan perhimpunan tersebut," katanya.

Katanya, polis turut menasihatkan penganjur agar dapat mengawal segala kelakuan peserta perhimpunan itu daripada bertindak liar serta menimbulkan kekecohan.

"Polis akan bertindak menahan peserta perhimpunan sekiranya mereka (peserta) melanggar akta yang telah ditetapkan," katanya.

Sementara itu, penganjur perhimpunan, Maria Chin Abdullah ketika ditemui pemberita selepas perjumpaan dengan Ketua Polis Daerah berkata pihaknya akan mengadakan dua sambutan kemerdekaan di dua lokasi berbeza dengan cara yang berlainan.

Beliau berkata, pihaknya telah bersetuju akan mengadakan perhimpunan di Jalan Sultan dan di Dataran Merdeka seawal pukul 10 malam dan akan bersurai selepas pukul 12 tengah malam.

"Kita telah bersetuju dengan pihak polis, tiada banner, sebarang sticker (pelekat), atau ucapan pada perhimpunan malam itu, cuma Pak Samad (A. Samad Said) akan menyampaikan puisi sahaja. Kita berjanji perhimpunan itu akan diadakan dalam keadaan harmoni dan aman," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan