Malaysia, Norway Tandatangani Perjanjian Gubal Rangka Kerja Kawal Selia Akuakultur

Diterbitkan: Isnin, 27 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Malaysia pada Isnin menandatangani perjanjian dan kontrak kerjasama institusi dengan Norway berkaitan 'Rangka Kerja Kawal Selia Akuakultur' untuk menyumbang ke arah pembangunan lestari sektor itu di negara ini.

Melalui perjanjian itu, Norway, sebuah negara utama dalam industri akuakultur dunia, bukan saja akan membantu Malaysia membangunkan rangka kerja kawal selia bagi industri akuakultur, tetapi juga menyediakan tenaga pakar dan latihan untuk petugas Jabataan Perikanan dalam bidang berkenaan.

Pembiayaan bagi projek ini adalah berasaskan perkongsian kos, dengan Norway menyediakan RM3.253 juta dan Malaysia RM3.275 juta bagi tempoh 2012-2015.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata di samping mengeratkan hubungan antara kedua-dua negara, perjanjian yang ditandatangani itu merupakan satu langkah ke hadapan untuk memperkukuh pembangunan industri akuakultur di negara ini.

Katanya perjanjian itu juga akan membantu mengurangkan masalah kekurangan bekalan ikan.

"Bila kita ternak ikan dalam sangkar, ia lebih meyakinkan dari segi pendapatan. Sekarang kalau pergi tangkap ikan dalam laut, kita tidak akan tahu berapa banyak ikan kita akan dapat sehari.

"Jadi kita nak galakkan lebih ramai orang ternak ikan dan ia boleh membantu menjamin bekalan ikan mencukupi dalam negara," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan upacara menandatangani perjanjian itu.

Beliau berkata tujuh pakar dari Norway akan tiba di negara ini pada Oktober untuk melatih petugas Jabatan Pertanian, manakala, 20 pegawai jabatan itu akan dihantar mengikuti latihan jangka pendek dan jangka panjang di Norway dalam bidang akuakultur.

Katanya jabatan itu juga akan menubuhkan satu bahagian baru berkaitan akuakultur memandangkan akuakultur kini bukan saja merupakan sektor yang semakin penting di negara ini, tetapi juga di seluruh dunia.

Kini, Malaysia menghasilkan 287,000 tan produk akuakultur bernilai RM2.5 bilion, manakala dalam Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), pengeluaran akuakultur negara diunjurkan meningkat kepada 790,000 tan pada 2020, dengan eksport bernilai RM3.2 bilion, kata beliau. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan