Kerajaan Selangor Perlu Bayar Tunggakan Air Percuma Kepada Rakyat - Noh Omar

Diterbitkan: Isnin, 27 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor perlu membayar tunggakan kepada rakyat Selangor yang menggunakan meter pukal dan tidak menikmati subsidi air percuma 20 meter padu pertama, sejak 2008, kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar pada Isnin.

Noh, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, berkata kebanyakan mereka yang menggunakan meter pukal merupakan rakyat miskin dan tuntutan mereka itu munasabah.

Kerajaan Selangor yang sering menekankan soal keadilan dan kebajikan perlu membayar tunggakan itu kerana janji dibuat kepada setiap rakyat Selangor, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas isu tuntutan badan bukan kerajaan (NGO) Selangor supaya kerajaan negeri membayar tunggakan nilai subsidi air yang tidak dinikmati sebahagian besar penduduk yang menggunakan meter pukal.

"Orang rumah besar, banglo dapat. Orang duduk flat kongsi meter tak layak. Janji pada setiap rakyat bukan setiap meter," katanya.

Terdahulu Noh mempengerusikan mesyuarat penyelarasan jamuan Hari Raya Aidilfitri Bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Selangor pada Sabtu ini.

Mesyuarat turut dihadiri lebih 100 wakil NGO, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan, pemimpin masyarakat, jabatan dan agensi kerajaan di sini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan