Kejayaan Perbankan Islam Bukti Pemimpin Berjiwa Islam

Diterbitkan: Isnin, 27 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BACHOK: Kejayaan meletakkan kedudukan Perbankan Islam antara yang terkemuka di dunia, membuktikan pemimpin negara ini sejak dahulu hingga sekarang benar-benar berjiwa Islam.

Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata pencapaian itu bukan dapat diperolehi dengan mudah bahkan ia memerlukan pengorbanan dan usaha yang gigih.

"Ketika ia dirangka ramai yang tidak yakin dengan keupayaan negara termasuk rakyat di negara ini sendiri dan beberapa negara luar," katanya kepada pemberita selepas menemui penduduk di Kampung Tok Choong di sini, Ahad.

Beliau diminta mengulas kenyataan Institut Kewangan Islam Malaysia (IBFIM) yang menyasarkan peranan sistem kewangan Islam di negara ini sama penting dengan sistem kewangan konvensional dalam tempoh 10 tahun lagi.

Perunding Kanan Pembangunan Latihan dan Pembangunan Profesional IBFIM, Zanariah Zahari dilaporkan berkata sasaran sama rata itu dijangka dapat dicapai melalui penghasilan tenaga pakar kewangan Islam yang lebih ramai pada masa akan datang.

Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata, prestasi Perbankan Islam mengagumkan negara Islam lain dan mendorong mereka mempelajari kejayaan Malaysia itu.

Perkembangan dalam negara pula, ia bukan sahaja dapat menarik minat masyarakat Islam bahkan bukan Islam turut mendapat faedah daripada sistem Perbankan Islam itu.

Katanya, antara kelebihan Perbankan Islam ialah ia tidak berisiko tinggi apabila kadar faedahnya sudah ditetapkan lebih awal (tidak turun naik) serta tidak membebankan pengguna. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan