DAP Rekrut Dua Muka Baru Lulusan Universiti Cambridge

Diterbitkan: Isnin, 27 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Guan Eng (tengah) mengumumkan penyertaan Yeo (kanan) dan Dr Ong (kiri) ke dalam DAP.KEVIN TAN/The Star
Guan Eng (tengah) mengumumkan penyertaan Yeo (kanan) dan Dr Ong (kiri) ke dalam DAP.KEVIN TAN/The Star

KUALA LUMPUR: DAP mengalu-alukan lebih ramai anggota baru menyertai parti itu termasuk penganalisis politik Dr Ong Kian Ming dan jurutera minyak dan gas, Yeo Bee Yin.

Kedua-duanya graduan dari Universiti Cambridge merupakan golongan profesional berprofil tinggi yang pernah direkrut oleh parti itu.

Ong terkenal dengan analisis politik beliau yang disiarkan dalam portal Malaysiakini, selain tugasnya sebagai pensyarah di Universiti UCSI.

Ketika mengumumkan penyertaan mereka, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata Ong akan membantu beliau dalam strategi pilihan raya parti manakala Yeo akan merangka strategi media sosial dalam usaha menarik pengundi muda.

Sementara itu, pada sidang media di sini Isnin, Lim berkata parti itu akan meneruskan usaha untuk menggubal undang-undang antilompat parti di Pulau Pinang.

"Kita tidak menafikan hak asasi manusia dalam kebebasan berpersatuan. Namun kita bercakap mengenai pilihan demokratik di kalangan pengundi yang mengundi untuk parti," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan