DAP, PKR Juga Tidak Sehaluan - Saifuddin

Diterbitkan: Isnin, 27 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Rakyat diminta menilai secara rasional tindakan DAP yang mahu mewujudkan undang-undang anti-lompat parti, sedangkan sekutu mereka, Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula berusaha memancing anggota-anggota politik dan parlimen melompat parti menyertai PKR.

Menggesa demikian, ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah berkata para pemimpin DAP seperti Pengerusinya Karpal Singh dan Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng dilihat begitu bersungguh-sungguh mahu mewujudkan undang-undang berkenaan, sedangkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak sebaliknya.

Saifuddin yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berkata pakatan pembangkang sebenarnya tidak pernah sehaluan dalam pelbagai perkara dan rakyat perlu bijak menilai akan kecelaruan dalam pakatan itu.

Bercakap kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri yang diadakannya di Taman Seri Tualang Mentakab, di sini pada Ahad, Saifuddin berkata pakatan pembangkang tidak layak memimpin negara atas kecelaruan mereka yang akhirnya akan membawa musibah kepada rakyat. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan