Anak Syarikat KWSP Beli 2,330 Ekar Tanah (RRI) Pada Harga RM2.28 Bilion

Diterbitkan: Isnin, 27 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kwasa Land Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada Isnin mengumumkan ia telah memuktamadkan harga pembelian RM2.28 bilion untuk 2,330 ekar tanah Institut Penyelidikan Getah yang terletak di tengah-tengah Lembah Klang.

"Pembangunan baru Kwasa Damansara akan menggabungkan pelan yang bersesuaian dengan sesebuah bandar, dilengkapi kemudahan dan infrastruktur moden untuk kawasan perumahan dan komersial kepada penduduk di Damansara," kata Pengerusi Kwasa Land, Tan Sri Samsudin Osman dalam satu kenyataan.

Cadangan pembangunan itu akan mewujudkan peluang kepada pemaju dan kontraktor untuk bersama-sama membangunkan hartanah komersial dan kawasan perumahan, infrastruktur utama dan kemudahan awam kepada kira-kira 150,000 penduduk, kata Samsudin.

Rancangan pembangunan perbandaran ikonik itu dijangka bermula pada 2013.

Antara ciri-ciri utama dalam pelan reka bentuk dan susun atur adalah hab pembangunan yang terdiri daripada kediaman moden, kemudahan komersial, rekreasi dan pendidikan.

Ia juga menggabungkan sistem pengangkutan bersepadu yang menghubungkan kawasan perbandaran melalui MRT ke sekitar Lembah Klang.

Sebuah taman hijau juga akan menjadi keutamaan dalam rancangan pembangunan baru ini.

Pelan utama akan dimuktamadkan untuk dikemukakan kepada Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor untuk kelulusan.

"Kami mencari pemaju hartanah berpengalaman dengan rekod prestasi yang kukuh dan syarikat yang berjaya menyiapkan pembangunan dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) tinggi untuk tempoh dua hingga tiga tahun lalu," kata Samsudin.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan