Undang-Undang Antilompat Tidak Perlu, Tapis Bakal Calon

Diterbitkan: Ahad, 26 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata undang-undang antilompat tidak perlu diwujudkan di negara ini yang mengamalkan sistem demokrasi yang antara lain memberi kebebasan kepada individu untuk berpersatuan termasuk dalam arena politik.

Beliau berkata sekiranya mana-mana pihak atau parti politik mahu menghalang mana-mana pemimpin mereka khususnya wakil rakyat menyertai parti lain selepas menang dalam pilihan raya, ia perlu dilakukan seawal mungkin termasuk penerapan nilai-nilai baik dan membuat "penapisan rapi" calon yang bakal diketengahkan.

"Tapislah calon-calon yang rasanya ada kemungkinan akan lompat... jangan jadikan mereka calon mengikut sistem sedia ada.

"Tidak banyak negara yang mempunyai perundangan antilompat. Apa yang penting ialah kita menerapkan nilai-nilai baik di kalangan ahli politik supaya ketahanan mereka dalam perjuangan ada disiplin dan konsisten," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang dihoskan oleh Ketua Pemuda Umno Bahagian Papar Armizan Md Ali di kediamannya di Luyang dekat sini, malam Sabtu.

Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan DAP Pulau Pinang untuk mewujudkan undang-undang antilompat.

Beliau berkata anggota politik seharusnya berprinsip dan tidak mementingkan habuan sebagai balasan untuk melompat ke parti politik lain.

Mohd Shafie berkata amalan lompat-melompat parti adalah satu perbuatan yang jijik dan tidak bermoral di kalangan ahli politik kerana "mereka menang atas landasan tiket parti yang mereka sokong dan yakin boleh menjadi landasan untuk membela nasib rakyat".

"Jadi cara terbaik untuk menidakkan atau menghalang mereka ialah melalui kuasa rakyat pada waktu pilihan raya.

"Rakyat boleh menilai sendiri dan mungkin menghukum mereka melalui proses pilihan raya. Ada kalanya ahli-ahli politik ikut hati melompat kerana kepentingan rakyat ... kalau kepentingan rakyat, tiada masalah tetapi ada kalanya kepentingan peribadi atau tujuan tertentu yang diutamakan," katanya.

Mengenai tindakan beberapa Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) yang menyatakan sokongan terbuka kepada pakatan pembangkang, Mohd Shafie berkata beliau yakin rakyat Sabah cukup matang untuk membuat pilihan yang terbaik pada pilihan raya umum akan datang.

"Keadaan politik di Sabah penuh warna-warni ... namun ia bukan sesuatu yang luar biasa di negeri ini.

"Kita lihat memang ada yang lompat dari BN ke parti lain, tetapi yang penting ialah kita konsisten untuk membangunkan negeri ini ... kita selesaikan masalah akar umbi termasuk melaksanakan program pembangunan yang menyentuh hati pengundi," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan