Salang Ulangi Kesediaan Pertahan Kerusi Julau

Diterbitkan: Ahad, 26 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SARIKEI: Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang tidak kisah jika terpaksa berdepan dengan Wong anak Judat, bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Meluan daripada Barisan Nasional (BN) dan kemungkinan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekiranya beliau dicalon semula untuk mempertahan kerusi Parlimen Julau yang disandangnya pada pilihan raya umum akan datang.

"Saya cukup bersedia sekiranya parti saya, Parti Rakyat Sarawak (PRS), berpendirian saya perlu mempertahankannya dan keputusan itu direstui para pemimpin BN negeri dan persekutuan," katanya pada majlis malam perpaduan dan sambutan pra Merdeka di dewan orang ramai di Pakan dekat sini, malam Sabtu.

Perhimpunan itu dianjurkan sayap Putera dan Puteri Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) yang masing-masing diketuai Tony Chen dan Barbara Tan Sri William Mawan.

Bulan lepas, Wong, anggota dewan undangan negeri selama tiga penggal, meninggalkan SPDP dan memohon menganggotai sebuah parti pembangkang baru, Parti Pekerja Sarawak (SWP).

Berikutan perbalahan beliau dengan Salang, Wong berkali-kali menyuarakan hasratnya untuk menentang Salang sekiranya timbalan menteri itu dicalon semula untuk mempertahan kerusi berkenaan bagi penggal keempat.

Salang berkata perjuangannya untuk membela nasib penduduk Julau, sebuah kawasan luar bandar seluas Negeri Sembilan yang majoriti penduduknya terdiri daripada masyarakat Dayak, belum selesai.

Kawasan tersebut, yang selama ini terkenal kerana hasil ladanya, tidak lama lagi akan turut dikenali sebagai kawasan pengeluaran sawit dan getah.

"Saya agak terharu dengan ikrar serta sokongan yang diberi kepada saya. Marilah kita terus bersatu untuk memberi Julau kepada BN sekali lagi. Julau memerlukan lebih banyak pembangunan dan transformasi supaya anak cucu kita menikmati masa depan yang lebih baik," katanya.

Beliau juga menasihati golongan muda dalam parti komponen BN supaya belajar berterima kasih atas segala jasa baik atau bantuan yang diberi kepada mereka serta pencapaian yang dicapai, di samping sentiasa bersikap merendah diri.

"Orang akan menilai kita berdasarkan tindakan dan kata-kata kita, yang memberi kesan kepada mereka. Setiap apa kita lakukan atau ucapkan, ia sama aada ada akan dikenang dengan baik atau menimbulkan kebencian orang," katanya.

Ketika ditemui kemudiannya, Barbara dan Chen berkata golongan muda dalam SPDP akan memainkan peranan mereka untuk menentukan kejayaan semua calon BN pada pilihan raya umum akan datang.- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan