JPJ Rekod 1,876 Kesalahan Bergambar Pengguna Jalan Raya - Berita Semasa | mStar

JPJ Rekod 1,876 Kesalahan Bergambar Pengguna Jalan Raya

Diterbitkan: Ahad, 26 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAIPING: Pasukan khas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)yang ditempatkan di seluruh negara, merakamkan 1,876 kesalahan lalu lintas secara bergambar sejak Op Selamat bermula hingga Jumaat.

Timbalan Ketua Pengarah JPJ Datuk Ismail Ahmad berkata pihaknya kini dalam proses mengeluarkan sama kepada pemilik kenderaan terbabit.

"Pasukan khas ini mengenal pasti kesalahan yang dilakukan pengguna jalan raya dan mengambil gambar," katanya ketika ditemui pemberita ketika Ops Motosikal, di Kamunting, di sini malam Jumaat.

Beliau berkata di Perak, anggota JPJ yang menyamar dan menaiki 52 perjalanan bas ekspres merekodkan 10 kesalahan dilakukan pemandu seperti menggunakan telefon bimbit, memotong di garisan berkembar serta memandu melebihi had laju.

Selain itu, sebanyak 113 kesalahan dilakukan pemandu dicatat anggota JPJ yang menjalankan operasi di terminal bas Medan, Gopeng, Kamunting Raya, Teluk dan Manjung. "JPJ telah mengeluarkan 47 saman di samping memberi notis-notis terhadap pemandu berkenaan," katanya.

Mengenai motosikal, Ismail berkata di Perak, sebanyak 257 saman dikeluarkan terhadap penunggang dan pembonceng motosikal atas pelbagai kesalahan jalan raya.

Beliau juga mendedahkan ada pemandu kenderaan berat yang ingkar larangan menggunakan jalan raya pada 17 dan 18 Ogos lepas. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan