Aliran Trafik Lebuh Raya Utama Lancar, Dijangka Meningkat Pada Tengah Hari

Diterbitkan: Ahad, 26 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di semua lebuh raya utama menghala ke ibu negara bergerak lancar dari awal pagi sehingga 10 pagi ini namun dijangka bertambah pada tengah hari.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata tiada kesesakan dilaporkan di Lebuhraya Utara Selatan dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak sepanjang pagi.

Bagaimanapun, jumlah kenderaan dijangka meningkat di beberapa kawasan di lebuh raya pada tengah hari sehingga lewat petang Ahad yang akan mengakibatkan kesesakan berikutan sesi persekolahan yang akan bermula Isnin.

"Namun begitu, keadaan trafik bagi musim perayaan kali ini tidak menentu kerana kebanyakan pengguna jalan raya akan pulang lebih awal daripada jangkaan berikutan cuti panjang," katanya.

Beliau berkata antara kawasan yang dijangka berlaku aliran trafik tinggi pada tengah hari adalah di plaza tol Gombak serta plaza tol Bentong dan perjalanan dari Seremban menghala ke ibu kota.

Katanya, kesesakan trafik biasanya berlaku di kawasan berbukit apabila banyak kenderaan berat dipandu perlahan ketika mendaki.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Lembaga Lebuhraya Malaysia di 1800-88-7752 dan laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan