Trafik Di Plaza Tol Pantai Timur Perlahan

Diterbitkan: Sabtu, 25 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keadaan beberapa plaza tol di Lebuhraya Pantai Timur menghala ke Kuala Lumpur sedikit sesak ekoran kenderaan yang bertali arus sejak tengah hari Sabtu.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata antara plaza tol yang terlibat ialah Plaza Tol Bentong, Gombak, Jabur dan Karak.

"Berlaku sedikit kesesakan sebelum KM34.9 di Genting Sempah menghala ke Kuala Lumpur kerana ada kemalangan kecil kira-kira 1 petang tadi namun kini keadaan telah kembali pulih," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Sabtu.

Beliau berkata di Lebuhraya Utara Selatan di bahagian utara sudah tidak berlaku kesesakan seperti sebelum ini namun trafik perlahan di Sungai Perak ke Terowong Menora. Namun trafik mulai perlahan 4 petang tadi di Juru menghala ke Jawi, katanya.

Katanya keadaan di bahagian selatan pula mengalami kesesakan di Bangi menghala ke Kajang disebabkan berlaku dua kemalangan kecil iaitu pada 12.30 tengah hari dan 3.30 petang tadi.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan