Kestabilan Politik, Ekonomi Pastikan BN Terus Tadbir Sabah - Japlin

Diterbitkan: Sabtu, 25 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Kestabilan politik dan ekonomi yang diwujudkan Barisan Nasional (BN) akan memastikan parti itu terus mentadbir Sabah selepas pilihan raya umum akan datang.

Keyakinan itu diluah Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri Datuk Japlin Akim, yang berkata BN Sabah di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berjaya memenuhi harapan rakyat.

"Tidak syak lagi Ketua Menteri kita telah membawa Sabah ke era kecemerlangan dari segi pertumbuhan ekonomi terutama pelaburan dari dalam dan luar negara. "Kedudukan rizab kewangan Sabah juga kini bertambah kukuh berbanding dengan keadaan sebelum ini. Kedudukan kewangan yang baik ini sudah pasti akan merancakkan lagi program pembangunan untuk kemudahaan rakyat di negeri ini," katanya.

Beliau yang ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya dekat sini, berkata perkongsian kuasa yang diamal BN turut menyumbang kepada kestabilan politik negeri, sekali gus membolehkan kerajaan negeri menumpukan perhatian kepada agenda pembangunan negeri.

Katanya keprihatinan dan kesungguhan kerajaan persekutuan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membantu kerajaan Sabah membangunkan negeri itu juga menambah keyakinan rakyat terhadap kerajaan BN.

"Seperti yang kita tahu, tahun ini Sabah menerima bajet yang terbesar dalam sejarah bernilai lebih RM4 bilion. Ini menunjukkan Perdana Menteri kita benar-benar berjuang untuk 'menolong' rakyat di Sabah.

"Selain itu, pelbagai bantuan untuk semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama juga diberikan termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia dan bantuan persekolahan dan banyak lagi program pembangunan yang bakal dilaksanakan untuk kebaikan rakyat," katanya.

Japlin berkata ini termasuk pembangunan industri minyak dan gas di Sabah yang kini pesat berkembang.

Merujuk penemuan telaga minyak baharu di daerah Kota Belud, beliau menjangka industri minyak dan gas di daerah itu akan mewujudkan ribuan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan termasuk dari kawasan Dewan Undangan Negeri Usukan.

Japlin yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Usukan menyambut baik kesediaan kerajaan negeri untuk mengeksploitasi potensi industri minyak dan gas di daerah itu sebaik mungkin.

Sebelum ini, Anggota Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan dipetik berkata Ketua Menteri Sabah secara dasar telah bersetuju mewujudkan satu pusat kejuruteraan minyak dan gas di Kuala Abai, dekat pekan Kota Belud. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan