Kerajaan Digesa Tubuh Majlis Keselamatan Air

Diterbitkan: Sabtu, 25 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Persatuan Penyelamat Kelemasan Malaysia (LSSM) menggesa kerajaan menubuhkan Majlis Keselamatan Air untuk mengurangkan kadar kematian akibat lemas di negara ini.

Presidennya Lim Chien Ch'eng berkata kajian LSSM mendapati purata 600 orang lemas setiap tahun sejak lima tahun lepas. "Apabila ditubuhkan, majlis ini boleh mengumpul statistik sewajarnya berdasarkan kumpulan usia, gender dan punca kematian, yang belum wujud ketika ini, bagi membolehkan satu dasar berkesan digubal ," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pertandingan Menyelamat Nyawa Kebangsaan ke-40 dan Cabaran Sukan Menyelamat Nyawa Antarabangsa 2012 di sini, Sabtu.

Lim berkata majlis yang dicadangkan penubuhannya itu boleh menasihati agensi kerajaan tempatan berhubung perkara berkaitan undang-undang dan peraturan yang diperlukan untuk menjadikan kolam renang umum, lebih selamat.

Katanya LSSM melancarkan kempen mengumpul tanda tangan orang ramai untuk dikemukakan dan diambil tindakan oleh kerajaan persekutuan menjelang akhir bulan ini.

Kempen selama sebulan itu turut mengandungi ceramah dan persidangan, katanya.

Dua acara yang berlangsung hari ini menyaksikan 26 pasukan bersaing pada Pertandingan Menyelamat Nyawa Kebangsaan ke-40, manakala 20 pasukan lagi menyertai Cabaran Sukan Menyelamat Nyawa Antarabansga 2012.

Acara itu terbahagi kepada dua kategori - kolam dan laut - dan merupakan acara pemanas badan bagi Kejohanan Menyelamat Nyawa Sedunia (Rescue 2012) yang akan berlangsung di Adelaide, Australia dari 4 hingga 18 November.

Antara negara yang mengambil bahagian pada kejohanan dua hari itu ialah Singapura dan Thailand. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan