JMM Buat Laporan Polis Berhubung Artikel Dalam 'Malaysia Today'

Diterbitkan: Sabtu, 25 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) pada Sabtu membuat laporan polis berhubung siaran sebuah artikel di portal berita 'Malaysia Today' bertajuk 'The day I met Private Investigator P.Balasubramaniam', 10 Ogos lalu.

Presiden JMM, Azwanddin Hamzah berkata laporan dibuat bagi membolehkan polis menyiasat pendedahan penulis blog itu, Raja Petra Kamaruddin yang mendakwa bekas peguam Abdul Razak Baginda, M.Puravalen, Anggota Parlimen Subang, R.Sivarasa dan penyiasat persendirian P.Balasubramaniam terlibat dalam komplot memfitnah Perdana Menteri serta komplot untuk menggugat keselamatan negara.

"Di sini jelas apabila saya membaca artikel di blog beliau (Raja Petra) pada 10 Ogos lalu ia merupakan satu pendedahan yang sangat serius yang pada pandangan saya boleh menjejaskan imej dan kredibiliti kepimpinan negara serta akan memberi kesan negatif kepada kestabilan politik negara," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Hulu Klang, di sini.

Dalam pada itu, Azwanddin turut menggesa siasatan terperinci mengenai maklumat rahsia diperoleh Puravalen berhubung tujuan polis menangkap dan mendakwa Razak Baginda pada Oktober 2006.

"Maklumat ini adalah rahsia polis yang tidak sepatutnya diketahui orang awam seperti Puravalen. Identiti pemberi maklumat dan penerima maklumat ini perlu segera dikenal pasti serta diambil tindakan undang-undang ke atas mereka," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan