IPT Swasta Perlu Tandatangani Bon Dengan KPT Sebelum Lesen Dikeluarkan

Diterbitkan: Sabtu, 25 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Semua institusi pengajian tinggi swasta dikehendaki menandatangani bon dengan Kementerian Pengajian Tinggi sebelum lesen pengendalian dikeluarkan.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kementeriannya dijangka melaksanakan syarat baru itu sebelum akhir tahun ini.

"Sebaik sahaja dikuat kuasakan institusi swasta dikehendaki membayar bon sebelum mereka dibenarkan beroperasi manakala institusi sedia ada pula perlu mengikut syarat tersebut sebaik sahaja mereka datang untuk memperbaharui lesen mereka," katanya.

Khaled menambah bahawa syarat terbaru itu penting bagi menghadapi masalah institusi-institusi pengajian swasta yang ditutup kerana ia memberi kesan kepada pelajar.

"Sebelum ini, tanpa bon, kementerian perlu menanggung kos pemindahan pelajar ke institusi pengajian tinggi yang baru atau membantu mereka membayar yuran yang telah mereka bayar di institusi pengajian terdahuly.

"Apabila sesebuah institusi ditutup, kami boleh menggunakan bon tersebut untuk menyelesaikan masalah-masalah yang timbul selepas itu," katanya.

Beliau berkata pengeluaran bon tersebut merupakan satu keperluan tambahan kepada institusi, kerana pada masa yang sama mereka sememangnya perlu mempunyai sejumlah modal atau pelaburan semasa sebelum institusi pengajian berkenaan beroperasi.

Ditanya mengenai jumlah bon yang ditetapkan, Khaled berkata perkara tersebut masih belum diputuskan namun ia berbeza bagi kolej, kolej universiti dan institusi pengajian tinggi swasta yang lain.

Khaled berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di rumah beliau di Johor Jaya di sini, Sabtu.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan