Hanya Pelajar Antarabangsa Berkualiti Diberi Tempat Di IPT Tempatan - Khaled

Diterbitkan: Sabtu, 25 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Perkhidmatan Global Pendidikan Malaysia (EMGS) akan memastikan pelajar antarabangsa yang berkualiti dan serius dalam pengajian diberi tempat di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

EMGS, syarikat milik penuh kementerian itu berperanan sebagai pusat sehenti bagi memantau, menyelia dan menyelaras urusan berkaitan promosi, pemasaran dan perkhidmatan sokongan penuntut asing di negara ini.

"Mereka perlu mendapat tempat terlebih dahulu di IPT sebelum permohonan visa pelajar dikemukakan kepada imigresen ... Kita akan perketatkan dari segi itu (sebelum permohonan visa dikemukakan)," katanya kepada pemberita di majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran beliau di Dewan Johor Jaya di sini, Sabtu.

Katanya, bagi pelajar yang sudah mendapat tempat di IPT tempatan, EMGS akan menentukan pelajar berkenaan benar-benar mampu membiayai pengajian sebelum urusan permohonan visa pelajar diproses.

"Sebelum ini, pelajar antarabangsa boleh masuk ke negara ini dan mencari mana-mana IPT yang mahu menerima mereka sebagai pelajar. Ini menyebabkan sesetengah pihak menyalahguna visa pelajar dan terlibat dalam aktiviti menyalahi undang-undang negara," katanya.

Melalui EMGS, beliau berkata badan itu akan memastikan setiap IPT bertanggungjawab ke atas pelajar antarabangsa mereka dan mengambil tindakan memberhentikan pelajar yang melakukan jenayah.

Justeru, dalam memastikan keberkesanan memantau pelajar berkenaan, beliau berkata EMGS akan memperkenal kad pelajar sebagai ganti pasport pelajar terbabit.

Katanya, EMGS juga akan mewajibkan pelajar membeli insurans bagi mengelak kerajaan menanggung kos perubatan yang tinggi sekiranya pelajar berkenaan jatuh sakit.

Menurut Mohamed Khaled ramai pelajar antarabangsa yang ditahan melakukan aktiviti jenayah, didapati bukan pelajar sebenar sebaliknya mereka menyalahguna visa pelajar.

Sehingga kini terdapat 95,000 pelajar antarabangsa yang sedang mengikuti pengajian dalam pelbagai bidang di IPT tempatan, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan