Astro Lantik Bekas Ketua Hakim Negara Sebagai Pengerusi - Berita Semasa | mStar

Astro Lantik Bekas Ketua Hakim Negara Sebagai Pengerusi

Diterbitkan: Sabtu, 25 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Astro Malaysia Holdings Bhd (AMH) telah melantik bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi sebagai Pengerusi dan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif berkuat kuasa 15 Ogos, 2012.

Dalam stu kenyataan pada Jumaat, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Astro Holdings Bhd (AHB) Datuk Rohana Rozhan berkata Zaki akan turut mempengerusikan Jawatankuasa Pencalonan dan Tadbir Urus Korporat Lembaga Pengarah.

"Kami berkeyakinan bahawa Zaki, yang mempunyai pengalaman yang luas, akan menyumbang secara signifikan terhadap tanggung jawab tadbir urus korporat di dalam syarikat itu," katanya.

Zaki menyertai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Malaysia sebagai majistret pada 1970 dan kemudiannya dipindahkan ke Pejabat Peguam Negara di mana beliau berkhidmat selama 15 tahun sebelum melakukan amalan perundangan pada 1985.

Beliau dilantik sebagai Ketua Hakim Malaysia ke-12 pada 2008.

"Astro adalah salah satu jenama utama kami dan berada pada kedudukan baik untuk memainkan perana di dalam masa depan digital Malaysia," kata Zaki.

Sementara itu, berkuat kuasa 15 Ogos, 2012, Datuk Badri Masri telah meletak jawatan sebagai Pengarusi AMH.

Bagaimana pun, beliau akan kekal sebagai Pengerusi AHB, iaitu syarikat induk AMH. - BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan