Rakyat Malaysia Mangsa Culik Lanun Nigeria Dibebaskan

Diterbitkan: Jumaat, 24 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

George telah dibebaskan awal pagi Khamis.
George telah dibebaskan awal pagi Khamis.

PETALING JAYA: Juruteknik rakyat Malaysia yang diculik oleh lanun Nigeria telah dibebaskan pada awal pagi Khamis.

Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhammad Khairun Aseg berkata, juruteknik minyak dan gas, George Lipih Anak Mambo, 42, kini mendapat rawatan di sebuah hospital di ibu negara Lagos.

“Polis Nigeria juga sudah melihat dia. Saya diberi jaminan oleh lanun-lanun itu bahawa George tidak akan dicederkan,” kata beliau pada Khamis, yang telah berhubung dengan lanun itu menerusi pihak ketiga.

Beliau berkata, urusan dibuat untuk George supaya kembali pulang ke Malaysia pada hujung minggu, sementara menunggu lampu hijau daripada pihak berkuasa Nigeria.

George bekerja di kapal minyak Jascon 33 yang dimiliki oleh sebuah syarikat yang berpangkalan di Sea Trucks Group apabila dia dan tiga lagi rakan ekspatriatnya diserang hendap di Teluk Guinea pada 4 Ogos lalu.

Dilaporkan bahawa dua pengawal tentera laut warga Nigeria dalam kejadian itu.

Isteri George, Bibi Suntek, 42, berkata dia dan keluarganya amat bersyukur kerana suaminya berada dalam keadaan selamat dan tidak dicederakan.

"Suami ada menghubungi saya pagi ini dan memberitahu dia selamat," katanya.

Bibi berkata, Pemuda Umno akan mengatur kepulangan George ke Kuala Lumpur.

"Saya akan berlepas ke KL untuk bertemu dengannya," kata Bibi yang diberitahu supaya tidak menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai kes itu.

Keluarga itu terlebih dahulu memaklumkan perkara itu kepada Muhammad Khairun yang berhubung dengan sekumpulan lanun tersebut menerusi pihak ketiga.

Muhammad Khairun berkata, lanun-lanun tersebut tidak mahu bercakap dengan pihak berkuasa dan memilih untuk berbincang dengan keluarga mangsa atau orang yang dipilih oleh mereka.

"Keluarga George meminta pertolongan saya," katanya.

Beliau berkata, George dibenarkan keluarkan dari hospital dan berada di bawah jagaan Sea Trucks Group yang membantu empat lelaki tersebut dibebaskan.

"Sebelum George dibebaskan, kami meminta untuk bercakap dengannya menerusi telefon. Dia berada dalam keadaan baik," katanya.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Nigeria yang berpangkalan di Abuja turut diminta supaya menghubungi George bagi menghulurkan bantuan sepatutnya.

Muhammad Khairun bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen sama ada wang tebusan telah dibayar.

Beliau turut memuji tindakan Sea Trucks Group di atas peranan mereka dalam perbincangan itu.

Kementerian Luar dalam kenyataannya berkata, kerajaan amat bersyukur dan berterima kasih di atas segala usaha pihak berkuasa Nigeria, Sea Trucks Group, Persuruhjaya Tinggi Malaysia di Abuja, Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno dan pihak berkaitan kerana membantu pembebasan George.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan