Cubaan DAP P.Pinang Burukkan Imej BN Dengan Undang-Undang AntiLompat - MCA

Diterbitkan: Jumaat, 24 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: MCA Pulau Pinang berpendapat keputusan DAP negeri untuk membentangkan undang-undang antilompat adalah tindakan yang salah kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan untuk berpersatuan.

Setiausaha MCA Pulau Pinang Lau Chiek Tuan berkata tindakan itu boleh ditafsirkan sebagai tindakan politik untuk menggambarkan bahawa DAP sebagai baik dan dalam masa sama memburukkan nama baik kerajaan Barisan Nasional.

"Secara ironinya, DAP sendiri menerima anggota parti yang melompat parti dari Umno bagi menaikkan imej mereka sebagai mesra orang Melayu dan pemimpin DAP yang lain berdiam diri berhubung tindakan dua Anggota Parlimen Sabah baru-baru ini dan mengalu-alukan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Manis dari Umno menyertai DAP," katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Lau berkata orang ramai perlu sedar bahawa ramai anggota Parti Keadilan Rakyat adalah mereka yang melompat parti seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah bekas anggota Umno dan menteri, yang secara ironinya menyandang kerusi Parlimen di Pulau Pinang.

"Oleh itu, DAP sepatutnya menghentikan lakonan ini dan memberi lebih perhatian berhubung tanggungjawab mereka kepada orang ramai," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan