332 Kes Demam Denggi Dilapor Dari 12 Hingga 18 Ogos

Diterbitkan: Jumaat, 24 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sejumlah 332 kes demam denggi dilaporkan sepanjang minggu lepas, dengan Sarawak menunjukkan peningkatan sebanyak 18 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hassan Abdul Rahman.

Berbanding minggu sebelumnya, 379 kes dilaporkan dengan kadar pembiakan aedes didapati meningkat di enam negeri iaitu Perlis, Kedah, Selangor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Kelantan, katanya dalam kenyataan hari pada Khamis.

Beliau berkata jumlah kes terkumpul demam denggi dari Januari sehingga 18 Ogos lepas adalah 14,244 kes, iaitu meningkat 10 peratus atau 1,288 kes bagi tempoh sama tahun lepas dengan 26 jumlah kematian iaitu meningkat lima kes berbanding 21 kematian yang dilaporkan pada tahun lepas.

Justeru, beliau mengesa orang ramai supaya menjaga kebersihan persekitaran kediaman kerana peningkatan kes dan wabak demam denggi dipengaruhi peningkatan kadar pembiakan aedes.

Mengenai perkembangan kes jangkitan influenza A (H1N1) susulan kematian seorang wanita akibat jangkitan tersebut di Negeri Sembilan pada 9 Ogos lalu, Dr Hassan menasihatkan mereka yang mempunyai gejala jangkitan agar berehat di rumah dan tidak berada di tempat tumpuan ramai.

"Saya ingin mengingatkan orang ramai untuk sentiasa mengamalkan langkah mudah pencegahan penularan jangkitan influenza A (H1N1)," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan