Undang-Undang Lompat Parti Tidak Akan Berkesan – Para Peguam

Diterbitkan: Khamis, 23 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Sebuah undang-undang menentang lompat parti tidak akan berkesan walaupun ia diluluskan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang kerana ia bukan perlembagaan, kata para peguam.

Peguam veteran, Datuk C.V. Prabhakaran berkata, undang-undang seperti itu bertentangan dengan ketetapan Mahkamah Agung 1992.

“Anda tidak boleh meluluskan undang-undang yang menyekat kebebasan peribadi. Ia adalah ‘ultra vires’ (melampaui batasan undang-undang).

“Wakil-wakil (rakyat) dipilih oleh rakyat. Apakah yang Ketua Menteri ingin lakukan,” kata Prabhakaran.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bahawa kerajaan negeri merancang untuk menggubal satu undang-undang menentang lompat parti bagi mengelakkan amalan “katak dan berudu” terus berleluasa di Pulau Pinang.

Pada 3 April 1992, Mahkamah Agung telah memerintahkan dalam kes Dewan Undangan Negeri (DUN) v Nordin Salleh bahawa kerajaan Kelantan yang dipimpin oleh PAS enakmen mengharamkankan lompat parti adalah tidak berpelembagaan.

Mahkamah itu memutuskan bahawa undang-undang sedemikian melanggar Artikel 10 (1)(c) Perlembagaan Persekutuan kerana ia menjejaskan hak untuk kebebasan berpersatuan.

Seorang lagi peguam veteran, Datuk K. Kumaraendran berkata, walaupun cadangan itu adalah satu tindakan yang baik, meluluskan rang undang-undang lompat parti sekadar cakap-cakap sahaja.

Semua parti politik, kata beliau, seharusnya menghalang apa-apa perbuatan untuk menarik diri, di mana beliau menyifatkannya sebagai sesuatu “yang buruk”.

Pengerusi DAP, Karpal Singh, yang secara konsisten menyokong anti-melompat parti, berkata bahawa meluluskan undang-undang itu “akan menjadi masalah” kerana ia telah pun diisytiharkan sebagai tidak berpelembagaan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan