Seksyen 114A Akta Keterangan Kekal Untuk Keselamatan Negara - Nazri

Diterbitkan: Khamis, 23 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA KANGSAR: Menteri di Jabatan Perdana Mentero, Datuk Seri Nazri Aziz mengulangi bahawa Akta Keterangan Seksyen 114A akan dikekalkan, beliau berkata bahawa pindaan itu bertujuan untuk melindungi keselamatan negara.

“Kerajaan tidak mahu Akta untuk menganiaya orang yang tidak bersalah.

“Pindaan (Seksyen 114A) akan kekal kerana terdapat perkara yang lebih serius seperti keganasan, yang memerlukan pindaan untuk melindungi keselamatan negara.

“Saya akan teragak-agak untuk membentangkannya sekiranya saya tidak fikir ia boleh digunakan untuk melindungi negara dengan baik,” kata Nazri pada sidang media di sini.

Pindaan kepada Seksyen 114A adalah salah satu daripada dua yang dilakukan terhadap Akta tersebut, dan digazetkan pada Julai lalu, menerima pelbagai reaksi daripada pengguna Internet.

Satu kempen telah dilakukan oleh Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) berhubung akta dengan memasang ‘banner’ yang bertajuk ‘Stop 114A’ (Hentikan 114A) di laman sosial Facebook dan dimuat turun oleh pengguna Internet di negara ini.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Ser Dr Rais Yatim berkata, Kabinet membincangkan isu dengan mendalam dan memutuskan untuk tidak membuat apa-apa perubahan kerana Parlimen telah diwakili oleh parti pemerintah dan pembangkang yang telah membahas mengenainya.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan