Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 Akan Terus Kekal Demi Kepentingan Rakyat

Diterbitkan: Khamis, 23 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA KANGSAR: Seksyen 114A Akta Keterangan (Pindaan) 1950 yang dibentangkan di Parlimen pada April lepas hebat diperkatakan dalam laman sesawang, akan terus kekal berikutan ia memberi kepentingan untuk melindungi rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, ini kerana akta tersebut dapat mengurus negara dengan baik selain menentang sebarang cubaan pihak tertentu yang mahu merosakkan negara.

Mohamed Nazri berkata beliau tidak boleh memperkecilkan sokongan yang diberikan oleh rakyat dan berhak mewakili rakyat yang telah memilih beliau.

"Saya tidak teragak-agak untuk membentangkan rang undang-undang di Parlimen pada bulan April kerana saya fikir bahawa pindaan itu adalah untuk keselamatan negara," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata tiada keperluan untuk mengkaji semula pindaan akta terbabit.

Beliau berkata perkara itu juga tidak mendapat tentangan daripada pihak pembangkang ketika pindaan akta tersebut dibahaskan di Parlimen.

"Perkara ini telah dibentang pada April lepas dan telah dibahaskan selama 4 jam dan saya telah menjawab semua soalan yang dibangkitkan pembangkang. Mereka (pembangkang) tidak menentang habis-habisan perkara ini kerana mereka juga berpotensi menjadi mangsa," katanya.

Seksyen 114A adalah satu daripada dua pindaan yang dibuat terhadap Akta Keterangan yang digazetkan Julai lepas, dan ia mula mendapat reaksi pelbagai pihak dalam kalangan pengguna Internet. Mengulas mengenai laman sosial facebook yang kononnya Pemuda Umno memaparkan poster berbaur hasutan, sebagai pemimpin yang bertanggungjawab terhadap undang-undang, beliau menjelaskan bahawa Seksyen 114A bukan merupakan satu kesalahan.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan