Pengguna Jalan Raya Masih Degil, Ulangi Kesalahan - JPJ

Diterbitkan: Khamis, 23 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Pengguna jalan raya masih berdegil dan mengulangi kesalahan utama lalu lintas walaupun penguatkuasaan bagi kesalahan itu telah lama diketahui umum, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan.

Beliau berkata, keadaan ini dikenalpasti ketika operasi penguatkuasaan di seluruh negara semasa musim perayaan Aidilfitri tahun ini.

Kesalahan utama itu ialah memotong giliran, tidak memakai tali pinggang keledar, topi keledar, memotong di dua garisan berkembar, melanggar lampu isyarat lalu lintas, mengguna telefon bimbit semasa memandu dan menggunakan lorong kecemasan.

Semasa operasi itu, beliau berkata, JPJ menyaman 4,853 pemandu kenderaan dan menyita 67 kenderaan yang melakukan pelbagai kesalahan sejak 12 Ogos hingga Selasa lepas.

Jumlah saman itu hasil daripada pemeriksaan terhadap 36,229 kenderaan dan kesalahan tertinggi melibatkan lesen memandu iaitu 2,313 saman diikuti cukai jalan sebanyak 1,794 saman, katanya kepada Bernama pada Khamis.

Beliau berkata, daripada 1,945 bas yang dinaiki anggota JPJ yang melakukan penyamaran, sebanyak 1,030 bas diambil tindakan kerana pelbagai kesalahan.

Bagi motosikal, beliau berkata, dalam tempoh itu, pihaknya telah menyaman 2,286 penunggang dan menyita 60 daripada 13,781 motosikal yang diperiksa. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan