Pekerja Syarikat Keselamatan Suspek Utama Kebanyakan Kes Kecurian ATM

Diterbitkan: Khamis, 23 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis mencatatkan kejayaan dalam penyiasatan mereka berhubung kecurian mesin pengeluaran automatik (ATM) di Lembah Klang.

Mereka percaya kebanyakan kes dilakukan oleh kakitangan yang berkhidmat di syarikat keselamatan yang memindahkan wang ke ATM dan juga bekerja sebagai juruteknik dan mekanik.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datik Ku Chin Wah berkata, mereka merupakan suspek utama kerana kecurian dilakukan dengan pakar tanpa membuatkan penggera berbunyi.

“Pekerja syarikat keselamatan mempunyai pengetahuan mendalam tentang bagaimana penggera berfungsi. Mereka juga merupakan juruteknik dan mekanik ATM terlatih dan tahu bagaimana untuk mengeksploitasi langkah-langkah keselamatan.

“Tambahan pula, kecurian sering berlaku sejurus selepas sejumlah besar wang dimasukkan ke dalam ATM, yang hanya akan diketahui oleh bank dan pekerja di syarikat keselamatan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontijen Kuala Lumpur di sini Rabu.

Polis yakin bahawa terdapat beberapa kumpulan yang khusus dalam kecurian ATM dan setakat ini telah mengenal pasti dua daripada mereka di Lembah Klang yang merupakan pekerja di syarikat keselamatan.

“Mereka terlibat sama ada mencuri ATM itu atau mereka merupakan perancang bagi kumpulan-kumpulan itu melatih yang lain untuk melakukan jenayah,” kata Ku.

Di KAJANG, polis berkata, mereka menjejaki dua juruteknik dan seorang mekanik ATM berhubung penglibatan mereka dalam cubaan mencuri mesin berkenaan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, tiga lelaki, dalam lingkungan 20 dan 30 tahun, dipercayai merupakan antara yang terlibat dalam percubaan mencuri ATM pada 15 Ogos lalu oleh sekumpulan lima individu.

Seorang pengawal keselamatan telah mengesan mereka yang cuba untuk membuka ATM menggunakan pemotong logam oksi-asetilena dan menangkap salah seorang daripada mereka selepas berlaku pergelutan.

Polis menahan seorang lagi selepas tindakan susulan.

Ab Rashid memberitahu para pemberita bahawa dua individu itu hanya mencuba untuk mencuri mesin itu tetapi percaya kumpulan itu telah pun mencuri ATM yang sama pada Januari lepas dan berjaya melarikan kira-kira RM40,000.

“Kita hanya boleh mengaitkan kumpulan itu dengan dua kes pada masa ini, tetapi akan bekerjasama dengan daerah lain untuk mengenal pasti sama ada mereka turut terlibat dalam kecurian ATM lain,” katanya.

Ab Rashid meminta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai tiga suspek berkenaan supaya menghubungi talian hotline polis 03-2052 9999 atau balai polis berdekatan.

Presiden Persatuan Perkhidmatan Keselamatan Malaysia, Datuk Shaheen Mirza Habib berjatam beliau tidak pasti mengenai penglibatan petugas di syarikat keselamatan terlibat dalam kecurian ATM.

“Lebih banyak siasatan diperlukan,” kata beliau.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan