MCA Kedah Minta Sebuah Akhbar Mohon Maaf

Diterbitkan: Khamis, 23 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Pengerusi MCA Kedah, Datuk Chong Itt Chew meminta sebuah akhbar berbahasa Melayu memohon maaf berikutan laporan akhbar itu yang bertajuk 'MCA Kedah Sokong Hudud' pada Selasa.

Beliau kecewa dengan tindakan akhbar itu yang memetiknya sebagai berkata MCA Kedah bersetuju dengan undang-undang Islam itu sedangkan beliau tidak ditanya tentang hukum hudud semasa temu bual melalui telefon dibuat dua hari lepas.

"Saya sangat kecewa kerana lain yang ditanya dan lain pula yang ditulis. Semasa temu bual itu berlangsung, saya tidak dengar pun wartawan itu menyebut perkataan hudud tetapi apabila berita keluar, ia berkaitan dengan hudud," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Beliau berkata, beliau akan menghantar surat dalam masa terdekat kepada akhbar itu sebagai peringatan supaya semua wartawan berpegang kepada prinsip profesinalisme dalam menyampaikan maklumat kepada orang ramai.

"Saya tidak akan mengambil apa-apa tindakan undang-undang kepada wartawan dan akhbar itu sebaliknya saya mohon supaya mereka memohon maaf dengan laporan berita itu," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 15 Februari 2016 12:32 AM

Kisah 'Pencuri Hati' Ayda Jebat

Khamis, 11 Februari 2016 12:32 AM

"Saya Pentingkan Aurat Daripada Berlakon" - Mia Sara

Rabu, 10 Februari 2016 2:48 PM

Bangkai Paus 4 Tan Berjaya Ditunda

Isnin, 8 Februari 2016 8:56 AM

Rumah Terbuka Tahun Baru Cina MCA

Kolumnis

iklan

Iklan