Tiga Sayap Umno Senaraikan Calon Muka Baru Dan Lama Untuk PRU

Diterbitkan: Rabu, 22 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Gabungan muka lama dan baru dan malah bukan ahli politik telah disenaraikan sebagai calon yang dicadangkan oleh pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno untuk pilihan raya umum (PRU).

Tiga sayap Umno itu telah dihantar senarai calon mereka kepada presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak dan calon-calon dikatakan melalui proses tapisan.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, 98 peratus daripada senarai nama bagi sayap adalah di kalangan muka-muka baru selain daripada timbalannya, Datuk Razali Ibrahim, beliau sendiri dan beberapa yang lain, kebanyakan yang dicadangkan dalam pilihan raya lepas bukan lagi ahli pergerakan itu.

“Kami mempunyai banyak muka baru dan saya boleh katakan bahawa mereka tidak semestinya ketua pemuda di peringkat bahagian. Satu atau dua nama adalah mereka yang bukan dalam struktur Umno malah bukan ahli parti,” katanya kepada The Star.

Khairy berkata, sejak Perdana Menteri mahu “senarai yang baru”, pergerakan itu memutuskan untuk memasukkan beberapa nama yang bukan dalam parti, sambil menambah bahawa individu-individu berkenaan berkata mereka sanggup untuk menyertai parti.

“Kami mencadangkannya tetapi presiden parti akan membuat keputusan yang muktamad,” katanya.

Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, senarai untuk pergerakan itu melihat satu kombinasi yang baik untuk calon termasuk mereka daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Kami menghantar satu senarai dengan nama-nama mereka yang masih berkhidmat sebagai wakil rakyat dan juga muka-muka baru. Senarai itu sekarang ada pada Perdana Menteri,” katanya.

Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Rashid Shirlin berkata, pergerakan itu telah mencadangkan beberpaa nama yang bukan dalam Umno.

Selain isu pencalonan, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, apa yang lebih penting bagi kepimpinan parti di semua peringkat untuk sentiasa bersiap sedia dan memastikan jentera masing-masing bersedia berhadapan dengan pilihan raya.

Beliau berkata, ibu pejabat Umno menegaskan tentang isus-isu yang perlu diperbetulkan, sambil menambah bahawa jawatankuasa di peringkat negeri dan bahagian perlu bekerjasama kerana apabila tibanya pilihan raya, semua masalah dapat diatasi.

“Kita dalam perjuangan dan tiada ruang untuk berpuas hati. Walaupun isu pencalonan adalah penting, tetapi adalah penting juga bagi memastikan bahawa kita sentiasa bersedia pada setiap masa.

“Saya tahu segelintirnya tidak gembira apabila ibu pejabat memberitahu mereka tentang apa yang perlu dilakukan dan bagaimana untuk melakukannya, tetapi ia dilakukan tanpa niat yang tidak baik. Hasrat kami adalah memastikan kemenangan untuk Umno dan Barisan Nasional,” katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan