Sindiket ‘Keluarga’ Pencuri Punca Peruncit Rugi Jutaan Ringgit

Diterbitkan: Rabu, 22 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DIKESAN: Imej rakaman CCTV menunjukkan dua individu bersama-sama mencuri tin susu di sebuah pasar raya.
DIKESAN: Imej rakaman CCTV menunjukkan dua individu bersama-sama mencuri tin susu di sebuah pasar raya.

PETALING JAYA: Beberapa kegiatan kecurian melibatkan lelaki, wanita, kanak-kanak malah orang tua menyebabkan pasar raya besar dan kedai serbaneka kehilangan jutaan ringgit setiap bulan.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diambil dari kedai runcit di seluruh negara, kumpulan mirip seperti keluarga yang terdiri daripada tiga atau tujuh orang bergerak dari satu tempat ke satu tempat bagi melupuskan kegiatan curi dengan mudah.

Susu tepung merupakan senarai teratas bagi barangan yang dicuri, disusli dengan teh, kopi dan paket Milo, coklat dan kelengkapan penjagaan diri.

Kecurian susu tepung begitu berleluasa menyebabkan antara pasar raya meletakkan barangan berkenaan di dalam ruang cermin yang dikunci di kaunter.

Susu dan barangan curi lain dipercayai dijual pada harga murah kepada mereka yang sudah pun sedia untuk membeli, dan terdapat kes dijual kepada kedai yang menjual bermacam-macam barangan.

Anggota kumpulan itu akan masuk ke kedai bersama tetapi berasingan apabila berada di dalam kedai.

Ada yang akan memilih produk untuk dicuri manakala yang lain akan berlakon seolah-olah sedang mencari barang atau sebagai ‘umpan’.

Mereka kemudiannya akan berkumpul di satu ruang sunyi untuk menanggalkan tag keselamatan dan menyembunyikan barang yang dicuri itu di dalam beg atau pakaian yang longgar.

Di kedai yang lebih kecil, mereka akan cuba mengalihkan perhatian juruwang atau jurujual manakala yang lain, terutamanya wanita akan menyembunyikan seberapa banyak barang yang boleh dalam pakaian mereka.

Mereka biasannya akan terlepas kerana pekerja pasar raya kurang mencurigakan terhadap keluarga yang datang membeli secara berkumpulan.

Tetapi mereka juga antaranya bertindak ganas apabila mengacukan pisau atau memukul pekerja kedai sebelum melarikan diri.

Disebabkan beberpa kes pekerja diserang dan diancam, mereka dinasihatkan untuk tidak berlawan.

Peruncit yang ditemuramah berkaya, sindiket tersebut berbeza daripada pencuri biasa kerana mereka bekerja secara berkumpulan seperti keluarga dna hanya menyasarkan barangan tertentu.

Kebanyakan pencuri ‘beroperasi’ bersendirian, mencuri dengan gerak hati dan mengambil barangan yang lebih murah seperti alat tulis.

Pencuri-pencuri sebegini dikesan sekurang-sekurangnya di salah satu rangkaian 148 gedung pasar raya besar Mydin di seluruh negara setiap hari.

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, kadar kecurian bagi syarikat itu antara satu peratus dan 1.5 peratus daripada jualan tahunannya.

Kadar itu adalah 0.5 peratus dua tahun lepas.

“Kerugian yang berpunca daripada sindiket-sindiket ini boleh menjangkau sehingga RM30 juta setahun. Ia bukan sahaja berlaku setiap hari, tetapi mereka ini menjadi lebih agresif apabila ditangkap,” katanya.

Pengasas dan Pengerusi KK Group, Datuk Dr Chai Kee Kan berkata, syarikat beliau, yang beroperasi dengan 104 rangkaian KK Supermarts di seluruh negara, kerugian sehingga RM300 setiap hari.

Syarikat itu telah memasang lebih banyak CCTV di dalam kedai, sehingga 16 kamera bagi kedai yang berkeluasan 457.2 meter persegi.

Jurucakap pasar raya besar Tesco berkata, kecurian merupakan satu masalah tetapi gedung itu mempunyai detektif dalaman bagi memantau kawasan yang sering mencatatkan kes kecurian tinggi.

Syarikat itu juga memperuntukkan bagi melindungi barangan seperti tag keselamatan dan CCTV.

Sesetengah peruncit, termasuk Mydin, tidak mempunyai pilihan tetapi melepaskan kerugian itu kepada pengguna tetapi yang lain seperti Giant menanggung kos berkenaan.

“Kami memperuntukkan ia sebagai sebahagian daripada kos kami. Harga di bawah strategi penjenamaan, tidak mempunyai kaitan dengan kecurian,” kata Pengarah Pemasaran GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd, Ho Mun Hao.

Presiden Persatuan Rangkaian Peruncit-Peruncit Malaysia (MRCA), Datuk Nelson Kwok berkata, ahli-ahlinya mahu mengadakan satu sesi dialog bersama dengan pihak polis bagi membincangkan tentang cara untuk bekerjasama bagi menangkap penjenayah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata, polis menyedari tentang kegiatan tersebut.

“Kebanyakan anggota kumpulan adalah orang tempatan dan mereka mencuri kerana keseronokan,” kata.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat menyediakan statistik menegnainya, kerana polis tidak mempunyai kategori khusus untuk kecurian di kedai, di mana ia dikategorikan sebagai ‘kecurian di bangunan’.

iklan

iklan

Iklan